Pekerja Asing Ada Permit Boleh Kembali Bekerja

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pekerja warga asing yang mempunyai permit dan berada di Malaysia dibenarkan untuk kembali berkerja apabila sektor mereka beroperasi semula, kata Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Ismail Sabri berkata, bagaimanapun, kebenaran diberikan dengan syarat mereka menjalani ujian saringan COVID-19.

“Terdapat ramai pekerja warga asing yang ada permit kerja  dan apabila sektor kerja mereka ditutup mereka tidak boleh bekerja.

“Jadi oleh sebab sektor dibuka, jadi Mesyuarat Khas Menteri-Menteri memutuskan apabila sektor dibuka dan apabila mereka mula kerja, mereka dibenarkan terus kerja.

“Walau bagaimanapun, untuk warga asing ini mereka perlu menjalani ujian COVID-19 sebelum pulang ke tempat kerja,” katanya dalam sidang media di bangunan Parlimen di sini pada Khamis.

Dalam sidang media yang sama Ismail Sabri berkata pengusaha premis makanan perlu ada pramusaji atau sarung tangan pakai buang  bagi kegunaan pelanggan, sekiranya menghidang makanan secara buffet.

Beliau menjelaskan mana-mana pengusaha yang tidak mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) itu berdepan tindakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Jelasnya, ketika ini, masih terdapat premis-premis makanan yang menghidangkan makanan secara buffet tanpa pramusaji ataupun penyediaan sarung tangan pakai buang semasa mengambil makanan.

“Restoran, hotel, kafe di hotel mula dibuka. Kita dapati banyak kes di mana apabila buffet disediakan, ada yang tidak patuh.

“Dua peraturan perlu dipatuhi apabila menyediakan hidangan secara buffet. Pertama mesti disaji oleh pramusaji sebab kita tak nak senduk itu dipegang atau sediakan sarung tangan plastik nipis. Tidak semestinya sarung tangan mahal. Namun, ia tidak boleh bergilir, mesti pakai buang,”katanya dalam sidang media di bangunan parlimen pada Khamis.

Justeru, beliau mengingatkan semua pengusaha premis makanan termasuk di hotel agar patuh dengan SOP ditetapkan.

“Saya harap restoran dan kantin patuh kepada apa yang disaran oleh KKM dan MKN ini. Kalau tak patuh,  maka Akta 342 digunakan dan mereka boleh dikompaun atau didakwa di mahkamah. SOP ini mudah dan  harap semua patuh,” tambahnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat