PM, MB Perak Menang Tanpa Bertanding Jawatan Presiden, Timbalan Bersatu

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin diumumkan calon tunggal bagi jawatan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada pemilihan parti itu yang dijadualkan akhir September ini.

Bekas menteri besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebelum ini turut menawarkan diri untuk jawatan tersebut namun dipecat kerana melanggar disiplin parti.

Sementara itu jawatan Timbalan Presiden juga tidak berlaku pertandingan dengan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menjadi calon tunggal untuk jawatan berkenaan.

Manakala untuk jawatan Pengerusi Bersatu tiada calon yang menawarkan diri setelah penyandang Tun Dr Mahathir Mohamad dipecat atas alasan yang sama.

Bagi jawatan Ketua Armada Bersatu pula, dua calon disahkan bertanding iaitu Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dan Mohd Muzammil Ismail.

Sementara itu, untuk jawatan Ketua Srikandi Bersatu, terdapat empat calon akan bertanding dengan salah seorang daripadanya ialah penyandang jawatan itu, Datuk Seri Rina Harun.

Seramai 17 calon pula disenaraikan untuk merebut jawatan Naib Presiden Bersatu, termasuk Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, Dr. Mohd. Radzi Md Jidin, Tan Sri Ab Rashid Ab Rahman dan Mazlan Bujang.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat