Kerajaan Jepun Sumbang Vaksin AstraZeneca Kepada Malaysia : Hishammuddin

- Advertisement -

CYBERJAYA: Menteri Luar, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussien, berkata kerajaan Jepun akan menyumbang vaksin AstraZeneca yang dikeluarkan di negara tersebut kepada Malaysia.

Kata Hishammuddin, sumbangan yang bakal diterima ini adalah satu perkembangan yang sangat baik dan akan membantu Program Imunisasi #COVID19 Kebangsaan.

Ujar beliau lagi, ianya melambangkan keakraban kedua-dua negara Malaysia-Jepun.

“Ini perkembangan yang sangat baik dan akan membantu Program Imunisasi #COVID19 Kebangsaan.

” Saya amat berterima kasih kepada rakan sejawat, Menteri Luar Jepun, TYT Motegi Toshimitsu serta Kerajaan Jepun atas kesudian menyumbang vaksin AstraZeneca kepada Malaysia. Ia melambangkan keakraban hubungan Malaysia- Jepun merangkumi segenap bidang. InsyaAllah, Wisma Putra akan terus bantu sebaiknya usaha negara melawan pandemik menerusi kapasiti Kementerian ini, ” kata Hishammuddin melalui Facebooknya.

Terdahulu, Kedutaan Jepun di Malaysia, berkata Kerajaan Jepun akan menyumbang vaksin AstraZeneca yang dikeluarkan di Jepun kepada Malaysia, Indonesia, Filipina dan Thailand.

Menteri Luar Jepun, Motegi Toshimitsu, berkata bekalan vaksin tersebut akan dihantar mulai Julai ini.

“Berdasarkan pengumuman Menteri Luar hari ini, Kedutaan Jepun di Malaysia akan terus bekerja sama rapat dengan kerajaan Malaysia untuk menyediakan vaksin kepada rakyat Malaysia.

Sebelum ini, kerajaan Jepun antara yang menghulurkan bantuan kepada Malaysia untuk menangani pandemik Covid-19 termasuk menyumbang peralatan perubatan bernilai kira-kira US$5 juta pada Januari lalu,” ujar kenyataan terssbut. -SuaraTV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat