Kerajaan, pembangkang mesti jujur cari jalan tangani krisis pandemik

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Semua pihak sama ada dari kerajaan atau pembangkang mesti jujur dan ikhlas untuk bersama-sama memikirkan cara penyelesaian dan jalan terbaik bagi menangani krisis Covid-19,” kata Ketua UMNO Bahagian Bukit Bintang, Datuk Zainal Rafique.

Kata beliau, sesungguhnya fokus utama harus diberikan kepada kesihatan serta kebajikan dan ekonomi rakyat.

“Saya senada dengan penulisan Datuk Seri Hishammuddin Hussein – desakan agar Parlimen kembali bersidang mesti hadir dengan tekad untuk membincangkan pengurusan pandemik, bukannya untuk menjayakan agenda peribadi mana-mana pihak.

“Istilah ‘politik tanpa batas’ yang digunakan oleh Menteri Luar itu juga tepat. Ini bukanlah cara berpolitik yang sepatutnya, jika kita benar-benar mementingkan dan mahu mendahulukan rakyat seperti yang kita laung-laungkan selama ini,” katanya.

Zainal menambah, memang ada perkara yg kurang memuaskan hati, dan perlu diperbaiki, namun dalam keadaan sekarang, apa yang lebih penting ialah untuk kita semua sama-sama berganding bahu agar krisis yang sedang di hadapi ini dapat kita tangani bersama.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat