Dana khas untuk Filem Terbaik FFM31

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pemenang Filem Terbaik, Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-31, Oktober depan, bakal menerima hadiah istimewa berupa dana bagi menerbitkan filem menggabungkan penerima trofi Pengarah Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik dan Pelakon Wanita Terbaik pada edisi kali ini.

Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Zakaria Abdul Hamid, berkata ganjaran menarik menanti pembikin filem yang menghantar pencalonan FFM31 sebelum tarikh tutup 15 Julai depan.

“FINAS bercadang menawarkan peluang menghasilkan filem kepada syarikat produksi yang diangkat sebagai Filem Terbaik.

“Namun, jumlah dana yang akan diberi masih dirahsiakan,” katanya kepada BH Online.

Zakaria berkata, ganjaran istimewa itu bertujuan menggalakkan penghasilan filem selain menyemarakkan industri sinematik yang terjejas akibat penularan COVID-19.

Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Zakaria Abdul Hamid. - Foto FINAS
Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Zakaria Abdul Hamid. – Foto FINAS

 

Mengenai syarat penyertaan FFM31, Zakaria berkata, hanya filem yang belum dipertandingkan pada FFM30 layak menghantar penyertaan.

“Disebabkan penganjuran FFM tahun lalu ditunda, FINAS membuka penyertaan untuk filem yang dihasilkan dari 2018 sehingga 2020.

“FINAS fahami susah payah penerbit untuk berkarya. Jadi, kami beri peluang kepada filem yang tidak sempat menghantar penyertaan pada edisi lalu agar mengemukakan pencalonan,” katanya.

Zakaria berkata, filem cereka perlu mematuhi syarat utama yang ditetapkan iaitu dihasilkan dan ditayangkan di Malaysia serta mendapat kelulusan Lembaga Penapisan Filem (LPF).

Pada FFM31, sebanyak 22 kategori utama dipertandingkan antaranya Filem Terbaik; Pengarah Terbaik; Pengarah Harapan; Pelakon Lelaki Terbaik; Pelakon Wanita Terbaik dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik.

Kategori lain adalah Lakon Layar Terbaik; Cerita Asal Terbaik; Sinematografi Terbaik; Penyunting Terbaik; Skor Muzik Asal Terbaik dan Penataan Seni Terbaik.

Butiran lanjut mengenai syarat penyertaan dan muat turun borang penyertaan FFM31 boleh didapati menerusi pautan https://www.finas.gov.my/borang-penyertaan-ffm31-2/.

Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Jawatankuasa Penyertaan dan Penjurian FFM31 atau e-mel kepada [email protected].

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat