Wan Rosdy Berjaya Kemudi Pahang, Lonjakkan KDNK, Kurangkan Beban Hutang

- Advertisement -

KUANTAN: ‘Tiada Janji, Lihat Bukti’ itulah slogan yang digunakan oleh Menteri Besar Pahang, Dato Sri’ Wan Rosdy Wan Ismail sepanjang tiga (3) tahun dilantik menjadi Menteri Besar Pahang ke-15 pada 15 Mei 2018. Pelbagai kejayaan telah dikecapi dari pelbagai aspek.

Menerusi catatan Facebook beliau berkata, adalah menjadi tanggungjawab dirinya untuk merencanakan pembangunan negeri dengan sebaik mungkin demi masa hadapan generasi akan datang.

Beliau bersyukur kerana diberi kepercayaan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah di atas perkenan baginda untuk melantik dirinya sebagai peneraju Negeri Pahang Darul Makmur.

Menurut Wan Rosdy, Sepanjang tiga (3) tahun pentadbirannya, beliau telah melaksanakan pelbagai inisiatif baharu bagi manfaat rakyat Pahang.

“Dari sudut kewangan, antaranya adalah, peningkatan KDNK Pahang yang bernilai sebanyak RM58.3 billion, pengurangan kadar hutang negeri dari RM 3.22 billion kepada RM931 juta dan kutipan hasil tertinggi dengan nilai RM850.4juta.

“Pahang juga telah menjadi negeri paling aktif dalam melaksanakan pelbagai inisiatif pemuliharaan alam sekitar. Kita telah memulihkan semula sungai-sungai yang tercemar, pertambahan kawasan hutan simpan dan melaksanakan program pemuliharaan yang ekstensif di kawasan-kawasan hutan tadahan hujan.

“Dari segi bantuan rakyat di waktu kecemasan, Kerajaan Negeri Pahang juga telah meningkatkan keupayaan jentera pentadbiran negeri dalam pengurusan bencana. Ini termasuk dengan memberikan bantuan segera dan bantuan susulan demi memudahkan mangsa-mangsa bencana.

“Projek-projek pembangunan rakyat seperti perumahan rakyat termiskin, penyediaan peluang-peluang latihan & pekerjaan, peningkatan kualiti pembinaan fasiliti awam dan sektor perkhidmatan awam turut ditambah baik bagi manfaat semua rakyat Pahang,” jelasnya.

Selain itu katanya lagi, sungguhpun keadaan ekonomi dunia yang sebegitu malap, Pahang tetap unggul dengan keupayaan kita untuk menarik lebih banyak pelaburan dari dalam dan luar negara. Sebagai contoh, dalam tempoh 3 tahun ini kita telah menerima pelaburan dengan nilai RM1.134 billion dari Singapura dan RM1.12 billion dari Thailand.

Kerajaan Negeri Pahang menurutnya sentiasa optimis dengan masa hadapan, kerana sungguhpun kita terpaksa berhadapan dengan cabaran-cabaran seperti Covid-19 dan keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu, kita kini mempunyai ekosistem pembangunan dan mekanisma pelaksanaan yang lengkap bagi menghadapi apa jua situasi yang mendatang.

“InsyAllah, akan ada lebih banyak lagi polisi dan inisiatif baharu yang akan diumumkan pada masa akan datang. Pelaksanaan pembangunan yang berteraskan Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals “SDG”) ini akan memacu Negeri Pahang untuk terus unggul di rantau ini.” ujar beliau.

Dalam pada itu, Wan Rosdy mengucapkan terima kasih kepada barisan Exco Negeri Pahang, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri, Barisan Nasional Pahang, UMNO Pahang, Muafakat Nasional Pahang dan seluruh rakyat Negeri Pahang Darul Makmur di atas sokongan yang telah diberikan kepadanya sebagai Menteri Besar Pahang yang ke-15 sehingga mampu untuk mencapai kegemilangan di mata dunia. -SuaraTV

Baca lagi:

https://suara.tv/15/05/2021/najib-yakin-dengan-kepimpinan-wan-rosdy-sebagai-mb-pahang/

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat