Malaysia, Indonesia, Brunei Senada Mengecam Kebiadapan Zionis

- Advertisement -

CYBERJAYA: Menteri Luar, Dato Seri Hishammuddin Tun Hussien berkata Malaysia, Indonesia dan Brunei senada mengecam tindakan keganasan dan kebiadapan Israel terhadap rakyat Palestin.

Menurutnya, ketiga-tiga negara ini telah menzahirkan kekesalan dan mengutuk sekeras-kerasnya serangan yang kejam, melampau dan keterlaluan oleh pihak Israel terhadap rakyat  Palestin.

Ketiga-tiga Ketua Kerajaan iaitu Kebawah Duli Tuanku Sultan Brunei, Presiden Joko Widodo dan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin) dan ketiga-tiga Menteri Luar Dato’ Erywan mewakili Brunei, Ibu Retno Marsudi mewakili Indonesia, dan dirinya mewakili Malaysia juga senada mengutuk kekejaman  Zionis terhadap rakyat Palestin, jelasnya.

“Mewakili lebih kurang 250 juta umat Islam di rantau Asia Tenggara, Malaysia telah mendapatkan kata sepakat bersama Malaysia-Brunei-Indonesia dalam menzahirkan kekesalan dan mengutuk sekeras-kerasnya serangan yang kejam, melampau dan keterlaluan oleh pihak Israel terhadap rakyat  Palestin.

“Ketiga-tiga Ketua Kerajaan (Kebawah Duli Tuanku Sultan Brunei, Presiden Joko Widodo dan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin) dan ketiga-tiga Menteri Luar (Dato’ Erywan mewakili Brunei, Ibu Retno Marsudi mewakili Indonesia, dan saya) juga senada menuntut Israel menghentikan serta merta kekejaman terhadap rakyat Palestin dan bersetuju bahawa masyarakat antarabangsa tidak boleh terus menutup mata dan berdiam diri serta tidak menghiraukan kekejaman yang dilakukan oleh regim Zionis tersebut,” ujar Hishammuddin. -SuaraTV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat