Israel Arah Serang Pegawai Hamas Di Iran, Turki, Qatar dan Malaysia?

- Advertisement -

TEL AVIV – Kepimpinan Israel didakwa mengarahkan ejen perisikan negaranya iaitu Shin Bet dan Mossad untuk membunuh pegawai tertinggi Hamas di dalam dan luar negara.

Portal warnews247.gr melaporkan, menurut maklumat yang disiarkan oleh televisyen Israel, ejen perisikan itu akan menyerang negara seperti Iran, Turki, Qatar dan Malaysia yang memberi penempatan, membiayai dan melatih pegawai Hamas.

Operasi ketenteraan Israel bermula 24 jam yang lalu ketika dua bangunan Turki dibom.

Organisasi terbabit adalah Yardimeli dan TIKA yang beroperasi sebagai pusat MIT di Gaza.

Ia berlanjutan baru-baru ini dengan tentera Israel mengebom bangunan 13 tingkat yang menempatkan markas rangkaian televisyen Al-Jazeera yang berpengkalan di Qatar.

Peperangan tanpa henti yang baru saja diisytiharkan oleh Israel akan memberi kesan besar terhadap hubungannya dengan Turki dan hubungannya dengan Qatar, paksi yang menyokong Ikhwanul Muslimin.

Peperangan itu adalah perintis kepada konflik lebih besar di Timur Tengah, yang tentunya menjadi tanggungjawab Ankara.

Semalam, Al Jazeera melaporkan bangunan yang menempatkan wartawan antarabangsa termasuk kakitangan Al Jazeera musnah dibedil tentera Israel.

Berdasarkan video yang dipaparkan Al Jazeera secara langsung, bangunan al-Jalaa setinggi 11 tingkat yang turut menempatkan kediaman dan pejabat, hancur selepas dibom tentera Israel.

Bangunan berkenaan turut menempatkan kakitangan agensi berita Amerika Syarikat, The Associated Press (AP). – Hmetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat