36 Kematian, 3,780 Kes Baru Covid-19 Direkodkan Hari Ini

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Sebanyak 3,780 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini dengan Selangor kekal mencatatkan jumlah jangkitan tertinggi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di negara ini sebanyak 470,110 kes.

Beliau berkata, Selangor masih lagi mencatatkan kes empat angka apabila sebanyak 1,275 kes positif baharu dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes di negeri itu sebanyak 153,663.

Katanya, ini disusuli Sarawak dengan 405 kes, Kedah (363), Kelantan (368) dan Kuala Lumpur (342).

“Daripada 3,780 kes baharu, sebanyak 3,778 kes ialah penularan tempatan dengan 3,441 warganegara (91.1 peratus) dan 337 kes lagi bukan warganegara (8.9 peratus), manakala dua kes import membabitkan rakyat tempatan.

“Sebanyak 3,990 kes sembuh direkodkan hari ini, menjadikan sejumlah 426,319 pesakit COVID-19 sudah sembuh setakat ini atau 90.7 peratus daripada keseluruhan kes dilaporkan. Sebanyak 41,889 kes masih aktif,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, bilangan pesakit COVID-19 yang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) kini mencecah 520 kes, dengan 272 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Katanya, KKM melaporkan sebanyak 36 kes kematian hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 1,902 atau 0.40 peratus daripada keseluruhan kes.

Beliau berkata, 35 daripadanya rakyat tempatan, manakala seorang lagi warga asing.

“Terdapat 36 kes kematian pada hari ini yang membabitkan lapan kes di Selangor; enam kes di Pulau Pinang; masing-masing lima kes di Sarawak dan Kedah; empat kes di Kuala Lumpur; tiga kes di Perak; masing-masing dua kes di Negeri Sembilan dan Terengganu serta satu kes di Pahang,” katanya.

Beliau berkata, mereka berusia antara 29 hingga 93 tahun dan semuanya mempunyai pelbagai penyakit kronik.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 11 kluster baharu dikesan hari ini, membabitkan empat institusi pendidikan dan institusi pendidikan swasta berdaftar bawah Kementerian Pendidikan (KPM); tiga kluster komuniti dan masing-masing dua kluster tempat kerja serta kluster keagamaan.

Peningkatan sebanyak 11 kluster itu menjadikan sebanyak 1,887 kluster direkodkan setakat ini, dengan 1,417 kluster sudah tamat termasuk tujuh kluster yang ditamatkan hari ini, manakala 470 kluster masih aktif. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat