Tak kena tempat bincang bubar Parlimen secara terbuka, cetus polemik – Annuar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa ‘kurang senang’ dengan ucapan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berhubung gesaan pembubaran Parlimen dan menyegerakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Beliau berpendapat pembubaran Parlimen sebaiknya dibincang secara tertutup bukannya dibahas terbuka di Perhimpunan Agung UMNO seperti ini kerana Annuar menganggap ia mendahului bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong.

“Soal pembubaran Parlimen tak boleh dibincangkan di luar konteks Perlembagaan Negara .

“Sebab itu saya berpandangan tarikh pilihan raya cepat atau lambat elok dibincang oleh pucuk pimpinan secara tertutup dan mengekalkannya sebagai satu strategi parti dan bukannya bercakap secara terbuka,” katanya ketika ditemui di WTC, malam ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia itu menambah jika wujud kelompok setuju dan menentang akan mencetuskan polemik.

“Kerana kuasa itu pada Agong atas nasihat Perdana Menteri, bagaimana kalau tidak dipersetujui oleh kerajaan atau Agong?

“Jadi pada saya tak kena pada tempatnya,” tegas Annuar.

Mohamad dalam ucapannya mendesak PRU-15 disegerakan memandangkan momentum penerimaan semula rakyat terhadap UMNO dan ditambah pula pembangkang sedang berkecamuk, ini memberi nilai tambah kepada UMNO.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat