MN dah sampai hayat terakhir, cuma belum khatam

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Muafakat Nasional (MN) yang digagaskan oleh UMNO dan PAS masih belum dikhatamkan meskipun sudah sampai ke ‘hayat’ terakhir ketika ini,” kata Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan.

Katanya, ini kerana secara asasnya setiap hubungan perlu melalui proses tertentu.

“MN itu belum lagi tamat walaupun dia dah sampai hayat akhir tapi belum kita khatamkan.

“Jadi elok kita sama sama berfikir tapi kita perlu jelaskan (mengenai hubungan MN ketika ini).

“Seperti yang saya katakan tadi kita cuma akan bersama (dengan parti) yang setia bukan orang yang main banyak kolam yang akhirnya nanti ramai orang akan keliru dan kita sendiri akan keliru,” katanya .

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar sebaik selesai menyempurnakan perasmian Perhimpunan Agung Pergerakan Sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini pada malam Rabu.

Sementara itu, ditanya sebab PAS tidak dijemput menyertai Perhimpunan Agung (PAU) kali ini, Mohamad menjelas ia disebabkan faktor prosedur operasi standard (SOP).

“Kita tidak cukup tempat (untuk jemput PAS) serta perlu patuhi SOP (yang ditetapkan susulan negara masih lagi berdepan pandemik Covid-19),” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat