PAU: Akur ketetapan MT, tekad rampas kerusi Sungai Petani – Shahanim

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Umno Sungai Petani berkata akur dengan sebarang keputusan Majlis Tertinggi Umno berhubung tarikh pilihanraya umum.

Ketuanya, Datuk Shahanim Mohamad Yusof berkata selain itu pihaknya turut mengharapkan agar kepimpinan parti memikirkan cara terbaik untuk memperkasakan Muafakat Nasional.

“Sebagai ahli parti sudah tentu kami akan akur dengan segala keputusan yang ditetapkan oleh MKT UMNO seperti ketetapan mengadakan PRU.

“Azam kami ialah merampaskan kembali kerusi Sungai Petani sekaligus menghadiahkannya kepada UMNO.

“Selain itu kami di Sungai Petani turut mengharapkan agar kepimpinan parti dapat memikirkan kaedah dan jalan penyelesaian terbaik untuk memperkasakan sekaligus memperkukuhkan Muafakat Nasional agar perpaduan Melayu dan Islam dapat diperkasakan,” katanya ketika ditemui sebentar tadi.

Shahanim berkata demikian ketika diminta mengulas harapan Umno Sungai Petani dalam Pehimpunan Agong Umno pada kali ini.

Terdahulu beliau turut merakamkan penghargaan terhadap kepimpinan parti itu kerana berjaya merampas kembali Johor dalam Pilihanraya Negeri yang diadakan baru-baru ini.

“Untuk PAU kali ini, terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada Presiden parti, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hassan, YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Ds Mahdzir Khalid Dan Ds Khaled Nordin Naib2 Presiden dan keseluruhan jentera yang telah bertungkus lumus di dalam PRN yang lalu sehingga membolehkan kerajaan negeri Johor kembali ke pangkuan UMNO.

“Akhir sekali saya berharap agar kerajaan turut mempertimbangkan untuk memberikan kelulusan 10k KWSP agar beban rakyat dapat diringankan,” katanya lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat