Tindakan Pantas Bomba Berjaya Halang Lelaki Cuba Bunuh Diri Di Menara KL

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tindakan pantas anggota bomba berjaya menyelamatkan seorang lelaki warga tempatan yang dipercayai cuba membunuh diri di bangunan Sky Deck, Menara Kuala Lumpur hari ini.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian kira-kira pukul 5.11 petang.

“Seramai 25 pegawai dan anggota bersama tiga jentera dari Balai Bomba Dan Penyelamat Hang Tuah dan Pudu telah dikerah ke lokasi kejadian.

“Setibanya dilokasi, lelaki berusia 21 tahun tersebut telah berdiri di hujung bangunan Sky Deck, Menara Kuala Lumpur yang berketinggian 300 meter dipercayai cuba membunuh diri,” katanya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, mangsa bagaimanapun berjaya ditangkap dari arah belakang dan diselamatkan kira-kira pukul pukul 6.38 petang.

“Mangsa telah di bawa ke tempat yang selamat sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” ujarnya. – Kosmo

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat