DUN Selangor Wajar Panggil Sidang Khas Cari Penyelesaian Banjir

- Advertisement -

SHAH ALAM – UMNO Selangor menyarankan kerajaan negeri itu memanggil sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membincangkan hal berkaitan banjir.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri itu, Tan Sri Noh Omar berkata, kalau kerajaan pusat boleh memanggil sidang khas Parlimen pada 20 Januari ini, kenapa Selangor tidak boleh berbuat perkara yang sama.

“Isu banjir ini penting. Perlu dibincang dan cari kaedah terbaik untuk mengatasi bencana itu pada masa akan datang.

“Walaupun negeri lain juga dilanda banjir seperti Melaka, Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Kelantan dan Sabah tetapi bencana itu tidak seteruk dan seburuk Selangor.

“Apakah puncanya. Itu yang perlu dipanggil sidang khas DUN supaya dapat cari jalan penyelesaian. Bagaimana kerajaan negeri lain boleh atasi, kita (Selangor) tak boleh atasi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Walkabout Skim Pembiayaan Informal dan Mikro di Kompleks KPPMS Seksyen 3 di sini hari ini.

Noh menyifatkan kegagalan kerajaan negeri menangani masalah banjir baru-baru ini kerana mereka tidak bersedia, malah mungkin tidak menjangka bencana itu lebih buruk. – MalaysiaGazette

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat