Jakarta – Isu bantuan Malaysia kepada mangsa banjir di Sumatra sempat mencetuskan kehebohan besar di media sosial. Ramai pihak menganggap Malaysia telah menghantar bantuan dalam jumlah besar dan bertindak lebih pantas, malah dilihat seolah-olah lebih bersiap sedia berbanding kerajaan Indonesia dalam menangani bencana tersebut.
Naratif ini menjadi tular dan meluas, sekali gus mendorong sebahagian masyarakat negara republik itu mempersoalkan peranan Indonesia dalam pengurusan bencana alam.
Dalam satu temu bual menerusi podcast SLM – Suara Lokal Mengglobal, Menteri Dalam Negeri Indonesia, Tito Karnavian, tampil memberikan penjelasan bagi merungkai kekeliruan yang timbul. Menurut beliau, kononnya bantuan Malaysia yang menjadi perbincangan hangat itu sebenarnya bukan datang daripada kerajaan Malaysia.
Dalam perbualan tersebut, Tito menegaskan bahawa bantuan berkenaan disalurkan oleh pihak swasta, bukannya bantuan rasmi antara kerajaan seperti yang difahami oleh orang ramai.
“Tadi seperti tadi mungkin missnya adalah seolah-olah bantuan dari Malaysia ini besar sekali gitu. salah satu. iya dan itu rupanya bukan dari pemerintah ya.
Tapi dari pengusaha katanya pengusaha ya mungkin hubungan atau simpati juga punya hubungan bisnis ya,” kata Tito.



