Larian Keluarga Malaysia 2025 Mengumpulkan Dana Kebajikan Anak Yatim dan Yatim Piatu COVID-19

KUALA LUMPUR, 15 November 2025 – Larian Keluarga Malaysia (LKM) 2025 bukan sekadar acara kecergasan tahunan, tetapi menjadi wadah kebajikan penting dalam memastikan kelangsungan bantuan kepada anak-anak yatim dan yatim piatu akibat pandemik COVID-19. Program anjuran Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) itu kini memasuki tahun kedua pelaksanaannya dengan penyertaan yang jauh melebihi sasaran.

Menurut Pengerusi YKM, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, pemilihan Padang Merbok sebagai lokasi tahun ini memberi kemudahan lebih baik kepada peserta berbanding penganjuran sulung di Cyberjaya tahun lalu.

“Program hari ini lebih mudah untuk para peserta. Kita sasarkan 3,000 penyertaan dan alhamdulillah, jumlah yang hadir pun mungkin melebihi angka itu,” katanya.

Turut mencuri perhatian pada acara kali ini ialah kehadiran Duta LKM, Khairy Jamaluddin, yang menjadi tarikan utama peserta. Kehadiran beliau bersama para penyokong dan rakan-rakan selebriti meningkatkan lagi kemeriahan dan keterlibatan masyarakat dalam program tersebut.

Dato’ Sri Ismail Sabri menjelaskan bahawa penganjuran LKM adalah inisiatif penting bagi menampung peningkatan kos kebajikan di bawah YKM. Yayasan tersebut menanggung lebih 1,000 anak yatim dan yatim piatu COVID-19 sejak penubuhannya.

“Yayasan Keluarga Malaysia membiayai anak-anak ini sejak kecil sehingga ke universiti. Mereka yang berusia 16 tahun ke bawah menerima RM200 sebulan, manakala 16 tahun ke atas menerima RM250. Bila umur mereka meningkat, kos bantuan juga bertambah,” jelas beliau.

Menurutnya, perbelanjaan besar perlu ditampung terutamanya apabila anak-anak tersebut memasuki pengajian tinggi kerana yayasan menanggung sepenuhnya keperluan mereka, termasuk yuran kolej.

“Semakin ramai yang meningkat umur, semakin besar komitmen kewangan kita. Itulah sebabnya kita menganjurkan Larian Keluarga Malaysia sebagai usaha menambah dana, selain yuran penyertaan dan sumbangan syarikat-syarikat penaja,” tambah beliau.

Penganjuran LKM 2025 turut mendapat sokongan beberapa syarikat korporat yang tampil menjadi penaja, sekali gus mengukuhkan usaha YKM untuk meneruskan bantuan jangka panjang kepada golongan terlibat.

Ditanya mengenai penganjuran untuk tahun hadapan, Dato’ Sri Ismail Sabri berkata tarikh rasmi belum diputuskan namun yakin program itu akan diteruskan memandangkan impak positif yang diterima.

“Insha-Allah, kita akan teruskan. Program ini bukan sahaja memupuk semangat kekeluargaan, tetapi juga menggerakkan masyarakat untuk bersama membantu anak-anak yang memerlukan,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat