Pameran kontemporari ‘Sunyi’ di Balai Seni Negara Langkawi pada 15 – 24 Nov ini

- Advertisement -

Oleh Zihan Zari

LANGKAWI – Balai Seni Negara akan menganjurkan pameran seni kontemporari bertajuk ‘Sunyi’ yang akan berlangsung di Hospital Lama Kuah, dekat sini pada 15 hingga 24 November ini.

Selain itu, turut diadakan simposium Bakat Muda Sezaman 2024 yang dijadualkan pada 15 hingga 17 November ini di Hotel Grand Continental Langkawi.

Menerusi kenyataan oleh Balai Seni Negara memaklumkan, pameran dan simposium ini merupakan sebahagian daripada program sokongan di bawah program Residensi Bakat Muda Sezaman 2024.

Ianya bertujuan untuk memberi ruang kepada perkembangan serta pendedahan lebih mendalam kepada bakat muda dalam seni kontemporari.

“Pameran Sunyi mengajak pengunjung untuk meneroka tema ‘Sunyi’ melalui pelbagai perspektif dalam dunia seni visual, yang lahir daripada persoalan-persoalan sosial dan alam sekitar di Langkawi pasca-pandemik COVID-19.

“Selain itu, ‘Sunyi’ menggambarkan ketenangan yang terhampar dalam keindahan alam semula jadi Langkawi, serta gaya hidup yang lebih damai, jauh dari hiruk-pikuk kehidupan kota besar, ”kata kenyataan itu pada Rabu.

“Dalam konteks ini, ‘Sunyi’ dilihat dari sudut yang positif, memberikan ruang untuk refleksi serta penghargaan terhadap nilai-nilai kehidupan lebih luhur, seperti perayaan ‘Nyepi’ di Bali, Indonesia yang disambut dalam suasana sunyi, penuh dengan makna spiritual yang mendalam.

“Pameran ini menggabungkan seramai 11 artis muda yang aktif dalam menghasilkan seni instalasi site specific, ”katanya.

“Antara artis yang terlibat, Alvin Lau, Arikwibowo Amril, Azam Aris, Fauzan Fuad, Hannah Moujing, Khabir Roslan, Ng Yi Kee, Ryan Tang, Sim Hoi Ling, Teo Wey Yinn, dan Ahmad Rajaie.

“Simposium pula bakal mengupas hala tuju Bakat Muda Sezaman serta kepentingan memahami konsep seni di lokasi dan seni komuniti, ”katanya lagi.

“Ianya pendorong kepada seniman muda dalam menghasilkan karya seni yang relevan dan seiring dengan tema yang ditetapkan, sebagai persediaan untuk Pertandingan Bakat Muda Sezaman kelak.

“Simposium ini akan menghimpunkan pakar rujuk terdiri daripada kurator dan seniman seperti Azzad Diah Ahmad Zabidi, Wong Hoy Cheong, Moelyono, Dr. Tisna Sanjaya, serta Pengarah Balai Seni Negara Langkawi, Muhammad Hazrin Abdul Malek @ Moktar.

“Pameran dan simposium ini bukan sahaja menyediakan platform bagi pengembangan bakat muda dalam seni kontemporari, malah langkah penting dalam mempersiapkan mereka untuk menghadapi cabaran dunia seni yang lebih luas, ”ujarnya.

“Selain itu, ianya mengukuhkan komitmen Balai Seni Negara dalam menyediakan ruang kepada artis muda untuk berkarya, berinteraksi dengan komuniti seni, serta mengembangkan kreativiti yang mampu memberi impak besar dalam landskap seni tempatan dan antarabangsa,”tambahnya.

“Untuk maklumat lanjut, ikuti media sosial rasmi Balai Seni Negara dan Balai Seni Negara Langkawi, atau layari menerusi laman sesawang www.artgallery.gov.my.

“Orang ramai dijemput untuk melawat pameran dan menghadiri simposium ini bermula pada 15 November ini,”tambah kenyataan itu lagi. – SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat