CIDB tarik serta-merta buku ‘Quality Guidebook for Homeowners’

- Advertisement -

Oleh Zihan Zari

KUALA LUMPUR – Bagi mengelakkan salah faham yang berterusan, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) mengumumkan telah mengambil keputusan untuk menarik balik buku ‘Quality Guidebook for Homeowners’ berkuatkuasa serta- merta.

CIDB dalam kenyataannya memaklumkan, telah menerbitkan buku ‘Quality Guidebook for Homeowners’ pada 2014 untuk meningkatkan kesedaran pemilik rumah mengenai kualiti hasil kerja binaan di dalam pembinaan bangunan.

“Buku panduan ini bertujuan mendidik pemilik rumah dan pada masa yang sama mempromosikan penilaian kualiti menggunakan Quality Assessment System for Building Construction Work (QLASSIC™️), yang berpandukan Standard Industri Pembinaan (CIS 7).

“Namun, buku panduan tersebut telah disalah tafsir sebagai spesifikasi kecacatan, dan mengakibatkan kekeliruan,”katanya dalam kenyataan itu pada Khamis.

“Mana-mana salinan atau petikan dari buku panduan tersebut adalah tidak lagi boleh digunakan dan menjadi tidak sah.

“Keputusan ini tidak menjejaskan CIS 7 yang kekal sebagai satu piawaian utama yang digunakan untuk menilai kualiti hasil kerja dalam projek pembinaan melalui QLASSIC™️.

“Sistem penilaian QLASSIC™️ meliputi kemasan seni bina, kelengkapan asas mekanikal dan elektrikal (M&E) dan kerja luaran melalui ujian lapangan dan pensampelan, ”katanya lagi.

“Dokumen CIS 7 dengan jelas menyatakan bahawa piawaian itu bertujuan semata-mata untuk tujuan penarafan kualiti dan bukan untuk digunakan sebagai spesifikasi untuk kecacatan.

“Penilaian QLASSIC™️ tidak dimaksudkan untuk kegunaan penilaian kualiti rumah unit tunggal.

“Sebaliknya, ia digunakan untuk mengukur kualiti keseluruhan mutu kerja sesuatu projek perumahan melalui penilaian kualiti yang dilakukan dengan persampelan rawak,”tambahnya.

“Walau bagaimanapun, mengambil kira kegusaran pemilik rumah mengenai isu kualiti pembinaan, satu jawatankuasa yang terdiri daripada pihak berkepentingan industri akan dibentuk serta-merta untuk membangunkan garis panduan standard mengenai mutu kerja.

“QLASSIC™️ merupakan tanda dagangan berdaftar di bawah CIDB dan sebarang kegunaan tanpa kebenaran boleh didakwa, ”tambah kenyataan itu lagi. – SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat