Kadet ALK-UPNM akan diperiksa fizikal secara berkala kesan kecederaan, cegah buli – Khaled

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kadet di Akademi Latihan Ketenteraan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (ALK-UPNM) akan menjalani pemeriksaan fizikal secara berkala bagi mengesan sebarang aktiviti penderaan yang boleh mendatangkan kecederaan.

Kementerian Pertahanan (MINDEF) kini lebih serius menambah baik mekanisme pencegahan bagi mengelak insiden buli di ALK-UPNM berulang.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin semasa Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat pada Khamis telah kongsikan beberapa tindakan penambahbaikan serta mekanisme pencegahan yang diambil bagi mengelakkan kejadian yang berlaku di ALK-UPNM berulang.

“Antara tambah baik lain ialah sebanyak tujuh kamera litar tertutup (CCTV) di beberapa aras blok penginapan telah dipasang bagi mengesan aktiviti yang mencurigakan dan merancang untuk menambah jumlah ini mengikut keperluan dan kesesuaian.

“Pengasingan Pegawai Kadet Tahun 1 di Bukit Putera dan diletakkan di bawah kelolaan jurulatih sepenuhnya.

“Selain itu, sesi pertemuan di antara pegawai kadet dan pihak tertinggi ALK-UPNM secara eksklusif diadakan bagi mengatasi isu keengganan pegawai kadet melapor kejadian-kejadian yang tidak sepatutnya,” katanya di Dewan Rakyat.

Khaled memaklumkan MINDEF juga bertindak menambah perjawatan pegawai dan anggota lain-lain pangkat (LLP) yang ditugaskan di ALK-UPNM.

“Juga menetapkan seorang jurulatih bertugas bagi setiap kompeni bagi membolehkan pemantauan pegawai kadet yang lebih teliti setiap hari, jurulatih bertugas telah diarahkan untuk melakukan rondaan ke penginapan pegawai kadet selepas jam 11:59 malam setiap hari.

“Larangan terhadap aktiviti penderaan mengikut perintah tetap pegawai kadet dan tindakan pemberhentian akan dilaksanakan terhadap pegawai kadet yang didapati bersalah,” tegas beliau lagi.

Menurut Khaled, MINDEF tidak akan berkompromi dalam soal buli ini lagi.

“Sekiranya terdapat aduan, kementerian serahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan dan pada masa yang sama menjalankan siasatan dalaman di peringkat ALK-UPNM,” ujarnya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat