Banjir: Pemilik bot persendirian & pasukan keselamatan perlu bekerjasama

- Advertisement -

KOTA BHARU – Pemilik bot persendirian yang membantu menyelamat dan memindahkan mangsa banjir memerlukan sekurang-kurangnya jaket keselamatan sebagai langkah keselamatan bagi mengelakkan berlaku kejadian tidak diingini.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Seri Abdul Wahab Mat Yasin berkata, mereka juga digalakkan bekerjasama dengan agensi penyelamat.

Bagaimanapun, Abdul Wahab memberitahu, ramai pemilik bot yang sudah bekerjasama dengan agensi terbabit termasuk bomba dikenal pasti mahir dengan selok-belok di lokasi mereka.

“Sebaik-baiknya pemilik bot bersama dengan agensi penyelamat dan kita pun memang memerlukan bantuan daripada masyarakat setempat kerana mereka lebih faham keadaan di kawasan banjir,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Sambutan Minggu Inovasi JBPM 2023 pada Rabu.

Abdul Wahab turut memberitahu, bomba juga akan berhubung dengan mereka untuk membantu dalam operasi selain memberikan latihan menyelamat dan membekalkan bahan api.

“Ia menjadi keutamaan dalam memastikan keselamatan pemandu bot itu sendiri dan penumpang,” katanya.

Dalam pada itu, jelasnya, jabatan berkenaan turut membuka pusat kawalan jika berlaku insiden sekali gus memudahkan orang awam membuat laporan. – Sinar

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat