KDNK negara suku ketiga 2023 dijangka lebih baik berbanding suku kedua – Rafizi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi suku ketiga 2023 dijangka pada kadar pertumbuhan yang lebih baik berbanding angka suku kedua 2023 meskipun ekonomi global yang mencabar, kata Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.

Beliau berpandangan Malaysia akan mencapai pertumbuhan ketiga suku ke suku berturut-turut yang tidak berlaku pada tiga hingga empat tahun lepas.

“Saya optimistik angka itu akan menjadi lebih baik, terutama sejak keadaan ekonomi global diunjurkan bertambah baik pada 2024 hingga 2025,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Penyegar Dahaga RM1 di sini, pada Rabu.

Rafizi berkata Malaysia tidak boleh lari daripada sifat kitaran ekonomi domestik serta ekonomi global, dan perlu memastikan ekonomi negara terus berkembang.

“Oleh itu, kita mesti menggunakan peluang ini untuk menyelesaikan masalah struktur seperti paras hutang yang tinggi, keadaan fiskal dan pembaharuan pasaran buruh, supaya apabila ekonomi global meningkat mulai separuh kedua 2024 dan seterusnya, kita akan berada pada kedudukan terbaik untuk meraih manfaat daripadanya,” katanya.

Sementara itu, Kempen Penyegar Dahaga RM1 adalah kerjasama antara Kementerian Ekonomi dan Atlas Vending Sdn Bhd, cabang mesin layan diri Etika Sdn Bhd.

Mengikut kerjasama itu, yang merupakan sebahagian daripada Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR), Atlas Vending telah memperkenalkan mesin layan diri minuman RM1 pertama, dengan rakyat Malaysia boleh membeli Pepsi Black, air mineral botol dan Revive Isotonic pada harga RM1 sebotol.

Sejak pelancaran inisiatif mesin layan diri di bawah inisiatif IPR kerajaan, ramai rakyat Malaysia daripada golongan berpendapatan rendah telah dapat mendapat manfaat daripada pilihan makanan mampu milik yang disediakan vendor yang mengendalikan mesin layan diri itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Etika, Santharuban Thurai Sundaram berkata dengan memanfaatkan status kumpulan itu sebagai pengendali mesin layan diri makanan dan minuman terbesar di seluruh Malaysia dan Singapura, impak inisiatif IPR RM1 dapat dirasai melalui 3,210 mesin yang ditempatkan di seluruh negara.

“Kami percaya setiap usaha yang kecil boleh membawa kepada perubahan yang besar, dengan ini, kami memulakan usaha untuk memperkasakan komuniti,” katanya.n- Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat