GTA Mampu Tadbir Negara, Kata Mahathir

- Advertisement -

CYBERJAYA – Gerakan Tanah Air (GTA) mampu mentadbir negara sekiranya diberikan mandat pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), kata Pengerusi Penajanya, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Memetik laporan Utusan, Dr Mahathir yang juga Pengerusi parti Pejuang berkata, kemampuan itu mampu diterjemahkan kerana GTA dipimpin oleh pemimpin yang berpengalaman.

Menurutnya lagi, GTA juga dipimpin oleh pemimpin yang membangunkan negara menjadi ‘Harimau Asia’ serta dipimpin oleh individu yang mengalihkan Malaysia dari negara pertanian.

“GTA juga berpegang kepada pemerintahan berasas undang-undang. Pengasingan antara pembuat undang-undang, pelaksana dasar dan undang-undang dan pengasingan kehakiman.

“GTA mampu membawa balik kestabilan politik, menghormati pilihan rakyat, menolak pintu belakang tebuk atap.

“GTA mesra swasta. Mencari pelaburan asing sehingga Malaysia jadi negara industri,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat