Tiada Asas Dakwa BN Beri Laluan Mudah Kepada Anwar Di Tambun – Annuar Musa

- Advertisement -

CYBERJAYA – Ketiadaan tokoh atau nama-nama besar Barisan Nasional (BN) membantu jentera parti di Parlimen Tambun tidak bermaksud gabungan itu mahu memberi laluan mudah kepada Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim meraih kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), lapor Awani

Bekas Setiausaha Agung BN, Tan Sri Annuar Musa berkata tuduhan yang dilemparkan kepada BN adalah tidak berasas.

Beliau menjelaskan, kempen PRU15 oleh BN dilihat kurang menyerlah berbanding pesaing lain adalah disebabkan kekurangan dana.

“Saya tidak rasa masalah (kekurangan dana untuk kempen PRU15) ini hanya di Tambun. Perihal masalah dana ini adalah disebabkan UMNO bukan lagi parti yang kaya seperti sebelum ini.

“Saya faham sekiranya ada calon BN yang merasakan perkara berkenaan yang berhadapan dengan masalah kekurangan dana.

“Tetapi ia bukanlah alasan Datuk Seri Zahid (Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) sebagai mahu BN kalah di tambun atau beri laluan mudah kepada Anwar. Ia tuduhan yang tidak berasas,” kata Annuar.

Anwar yang juga penyandang kerusi Parlimen Ketereh itu berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri program Perjumpaan Santai di Pejabat BN Tambun di sini, pada Selasa.

Ketua UMNO Bahagian Ketereh itu berkata, perkara itu juga berlaku disebabkan senario PRU15 yang berbeza dengan mana-mana siri pilihan raya yang pernah diadakan sebelum ini.

Kata beliau, ketika ini, semua pihak termasuk nama-nama besar seperti Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sedang berusaha untuk memenangkan kerusi yang ditandinginya di Bera.

“Ketika PRU15 ini semua menghadapi persaingan sengit di kawasan-kawasan yang mereka tandingi. Malah Perdana Menteri pun perlu meluangkan banyak masa di Bera. Jadi orang seperti saya (yang tidak dicalonkan) boleh datang membantu jentera.

“Akan tetapi, sekali lagi untuk mengatakan ia sebagai mahu memberi jalan mudah kepada Anwar di Tambun, ia adalah tuduhan tidak berasas kepada Ahmad Zahid,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat