Siti Saleha ‘kunci mulut’ krisis rumah tangga

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pelakon TV Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34, Siti Saleha enggan mengulas lanjut mengenai krisis rumah tangga dengan suami, Ahmad Lutfi Azhar, 35.

Dilaporkan memfailkan perceraian terhadap Ahmad Lutfi pada 13 Oktober lalu, Siti Saleha, 31, meminta semua pihak menghormati ruang peribadinya.

“Saya sudah beritahu sebelum ini, saya okay. Jadi, saya berharap anda semua beri saya ruang. Buat masa sekarang, saya tak mahu cakap apa-apa mengenai perkara itu.

“Semua orang tahu dan peminat saya juga tahu, saya ‘private’ dan perkara ini berkaitan dengan kehidupan peribadi saya.

Siti Saleha mempertahankan trofi Pelakon TV Wanita Popular pada Malam Kemuncak ABPBH 34 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL), malam tadi. Foto IG Siti Saleha
Siti Saleha mempertahankan trofi Pelakon TV Wanita Popular pada Malam Kemuncak ABPBH 34 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL), malam tadi. Foto IG Siti Saleha

 

“Jadi, saya tak nak komen apa-apa,” katanya kepada BH Online.

Pelakon yang popular dengan drama rantaian 7 Hari Mencintaiku itu menyifatkan krisis yang melanda rumah tangganya sebagai ujian.

“Alhamdulillah, saya okay. Saya hendak semua orang tahu saya okay sahaja. Ini semua adalah ujian.

“Bagaimanapun, trofi ini adalah hadiah istimewa buat saya tahun ini,” katanya ditemui pada Malam Kemuncak ABPBH 34 yang disiarkan secara langsung TV3 dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL), malam tadi.

Ditanya sama ada dia dan suami sudah tidak tinggal sebumbung dan dakwaan wujudnya ‘orang ketiga’ menjadi punca keretakan rumah tangga, Siti Saleha enggan mengulas.

“Tiada komen, maaf,” katanya.

Sebelum ini, Siti Saleha selaku plaintif dilaporkan hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor pada 13 Oktober bagi sebutan kes perceraian.

Siti Saleha dan Ahmad Lutfi mendirikan rumah tangga pada 28 Julai 2017. Selepas empat tahun berkahwin, pasangan ini belum dikurniakan cahaya mata.

Sementara itu, Siti Saleha teruja berkongsi dia bakal terbabit dengan projek drama istimewa yang pasti menggembirakan ramai peminat.

“Esok (hari ini) saya akan mulakan penggambaran sebuah drama dan tahun depan saya akan menjayakan satu lagi drama besar. Drama itu paling teruja orang hendak tengok.

“Saya pun turut teruja hendak menjayakan drama itu. Saya berharap anda semua sabar menantikannya,” katanya.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat