Tun M, Anwar Pernah Berjaya Wujudkan Kestabilan Politik, Diharap MoU Akan Praktis Formula Sama – Saravanan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Sumber Manusia, Datuk M Saravanan hari ini memuji bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana pernah berjaya menjana kestabilan politik yang hebat sekali gus merangsang ekonomi negara.

Kata Saravanan, kestabilan politik adalah formula terbaik bagi merangsang ekonomi dan meningkatkan peluang pekerjaan.

“Dalam keadaan krisis, Datuk Seri Anwar amat arif. Dalam keadaan krisis politik dan kesihatan hanya dua pendekatan dapat meningkatkan peluang pekerjaan dan mengurangkan kadar pengangguran.

“Pertama ialah meningkatkan produktiviti dan kedua adalah pelaburan asing.

“Ini adalah dua perkara yang penting kalau kita nak meningkatkan peluang-peluang pekerjaan, mengurangkan kadar pengangguran dan mengurangkan jurang,” ujar Saravanan di Parlimen pada Rabu.

Menurut beliau Anwar pernah berada dalam kerajaan malah pernah digelar sebagai Menteri Kewangan terbaik di rantau Asia.

“Dalam keadaan itu, kegemilangan Anwar bukan hanya bergantung kerana kewibawaan beliau semata-mata tetapi ia lebih menjurus kepada kestabilan politik yang telah dibuktikan di bawah kepimpinan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“… untuk sebuah negara berjaya meningkatkn produktiviti menerusi kemasukan pelabur asing ialah kestabilan politik.

“Dengan kestabilan politik yang dijana oleh Dr Mahathir kita menjadi negara berjaya ketika itu,” ucap Saravanan lagi.

Hal demikian, Ahli Parlimen Tapah itu berharap Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik yang dimeterai antara Kerajaan Persekutuan dengan Pakatan Harapan (PH) akan menjadi formula berjaya mengembalikan kestabilan politik dan impak positif lain kepada negara.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat