MARA Peruntukan RM324.4 Juta Bantu Usahawan Terjejas Akibat Covid-19

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Sebanyak RM324.4 juta telah diperuntukkan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi membantu para usahawan yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Menteri Pembangunan Luar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, sehingga kini MARA telah meluluskan pembiayaan berjumlah RM311.36 juta kepada 2,966 orang usahawan.

Jelas beliau lagi, terdapat Stiga skim yang disediakan oleh MARA iaitu Skim Pembiayaan Pengukuhan Perniagaan (SPAK) di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi (PRIHATIN), Skim Pembiayaan Mudah Jaya (SPIM PENJANA) di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dan Skim Pembiayaan Perniagaan Prihatin MIkro (S3P) di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA).

Mahdzir menjawab soalan Ahli Parlimen Jerantut, Dato’ Hj Nazlan Ahmad Mazlan yang meminta penjelasan Menteri Pembangunan Luar Bandar kaedah yang digunakan untuk mengedarkan peruntukan RM305.26 juta oleh MARA kepada usahawan-usahawan PKS di luar bandar dan bantuan-bantuan yang diberikan kepada usahawan yang terjejas akibat penularan pandemic Covid-19.

“Selain itu, di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), MARA juga turut memperkenalkan inisiatif penangguhan (moratorium) atau perjadualan semula bayaran balik pembiayaan perniagaan MARA. Inisiatif ini bertujuan untuk membantu usahawan-usahawan MARA dengan memberi penangguhan bayaran balik pinjaman MARA selama 3 bulan selepas kelulusan diberikan atau perjadualan semula bayaran balik pembiayaan perniagaan MARA dengan memanjangkan tempoh pembiayaan dengan sehingga 36 bulan. Setakat 31 Julai 2021, seramai 7,562 usahawan telah memohon dengan implikasi kewangan berjumlah RM25.74 juta.” Jelas Mahdzir lagi.

Selain itu kata Ahli Parlimen Padang Terap itu lagi, MARA juga menawarkan pengecualian bayaran sewa kepada semua penyewa premis perniagaan MARA dari bulan Julai hingga September dengan pemberian diskaun 30% bagi bulan Oktober hingga Disember 2021.

Inisiatif ini akan memberi manfaat kepada 5,913 penyewa MARA dengan implikasi kewangan berjumlah RM14.89 juta, katanya lagi. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat