Fahmi mahu Zahid dan Najib jawab dua soalan ‘projek sakit’ LCS

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas Timbalan Menteri Pertahanan, Liew Chin Tong mendedahkan keputusan audit projek pembinaan enam Kapal Tempur Pesisir (LCS) dibuat selepas beliau lawat limbungan Boustead Naval Shipyard (BNS) pada 2018.

Beliau memaklumkan perkara itu kepada Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil dalam pertemuan pagi tadi.

Fahmi dalam kenyataannya di Facebook membangkitkan dua soalan susulan daripada maklumat yang disampaikan bekas Timbalan Menteri Pertahanan itu.

“Pagi tadi saya jumpa bekas Timbalan Menteri Pertahanan, Liew Chin Tong untuk dengar sendiri pengalaman dia tentang isu LCS. Baru sekarang saya tahu, keputusan audit projek pembinaan enam kapal LCS dibuat selepas Chin Tong lawat limbungan BNS pada 2018.

“Dia kata jawapan-jawapan yang diberi kepada dia waktu itu pasal kenapa LCS lewat disiapkan tidak meyakinkan.

“Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) kemudian diminta siasat, dan audit disiapkan dalam masa enam bulan, dan Menteri Pertahanan dan Timbalan terima taklimat pada Ogos 2019. Kini, seperti yang dilapor Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), projek LCS mula lewat sejak April 2018 disebabkan vendor OEM yang ‘stopwork’ sebab tak dibayar akibat masalah kecairan kewangan BNS,” kata Fahmi memaklumkan butiran yang diberitahu Chin Tong kepadanya.

Pun begitu, Fahmi berkata, kita perlu tunggu laporan JKSTUPKK dan audit forensik BNS untuk ketahui sepenuhnya apa yang berlaku.

“Keputusan Kabinet pada Februari 2020 adalah untuk mengklasifikasikan LCS sebagai ‘projek sakit’ kedua cari dana untuk siapkan enam kapal ini, dan bawa pesalah-pesalah ke muka pengadilan.

“Tapi sebelum rancangan baik pulih LCS dapat dilaksana, Langkah Sheraton berlaku.

“Jadi sampai ke hari ini, RM6 bilion telah dibelanja tapi satu kapal pun tak siap.

“Setelah dengar penjelasan dan pandangan Chin Tong, saya cuma ada dua sahaja iaitu; kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, kenapa pada 26 Mei 2011 kamu setuju sistem SIGMA (kapal perang) tapi tiba-tiba pada 11 Julai 2011 kamu minta tukar ke sistem GOWIND (kapal patrol)?

“Buat Datuk Seri Najib Razak, kenapa dua surat teguran Panglima Tentera Laut tentang proses perolehan LCS ini tak diendahkan? soal beliau.

Fahmi berharap semoga keadilan dapat ditegakkan demi warga Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
230,282FollowersFollow
27,495FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat