Duit Dikeluarkan Untuk Yayasan Al Falah Bagi Kerja Amal – Saksi Pendakwa Kes Zahid

- Advertisement -

Putrajaya – Saksi pendakwaan ke-85 Sothilechmy Veerapan yang dipanggil semula memberi keterangan di Mahkamah Tinggi hari ini, memberitahu kesemua duit yang diterima oleh pemegang amanah Yayasan Al Falah, Tetuan Lewis & Co dan direkodkan dalam lejer adalah untuk tujuan amal.

Sothilechmy berkata demikian ketika memberi keterangan dalam perbicaraan kes pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan Yayasan Akalbudi yang dihadapi Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ketika menjawab soalan ketua peguam bela, Hisham Teh Poh Tek, Sothilechmy juga memberitahu kesemua lejer telah diperiksa oleh juruaudit, Raki Thomas.

Ditanya selain lejer, adakah butiran itu juga direkodkan dalam fail bertajuk “Charity”, Sothilechmy menjawab,”Ya.”

Ditanya fail itu milik siapa, Sothilechmy menjawab, “Yayasan Al-Falah.”

Hisham seterusnya mencadangkan tidak pelik bagi sebuah firma guaman meletakkan wang dalam simpanan tetap, Sothilechmy bersetuju.

Menjawab soalan Hisham lagi, Sothilechmy mengakui pernah melakukan perkara yang sama untuk pelanggannya yang lain.

Bila ditanya oleh pasukan pendakwa mengapa dia bersetuju kesemua 10 cek adalah untuk amal, Sothilechmy berkata kerana terdapat fail yang dibuka atas nama Yayasan Al-Falah.

Pendakwa bertanya sama ada terdapat dokumen di dalam fail itu yang menyatakan ia adalah untuk amal.

“Ada beberapa dokumen sokongan dalam fail itu,” jawab Sothilechmy.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat