KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan harapan agar Kerajaan Negeri Johor yang telah diberi mandat oleh rakyat menjalankan amanah dan tanggungjawab dengan penuh dedikasi, berintegriti serta bersungguh-sungguh dalam melaksanakan setiap dasar dan inisiatif demi kesejahteraan rakyat dan kemajuan Johor.
Baginda yang juga Sultan Johor bertitah demikian ketika menerima mengadap Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi di Johor Bahru pada Rabu.
Seri Paduka Baginda dipersembahkan beberapa perkara termasuk pentadbiran Kerajaan Negeri Johor selepas berlangsungnya Pilihan Raya Negeri ke-16 baru-baru ini, selain hala tuju pentadbiran dan perancangan pembangunan negeri.



