Shahril perjelas rasional tak sambung MoU dengan pembangkang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Tidak “sambung” memorandum persefahaman (MoU) dengan pembangkang ialah tindakan kawan, bukan kerja musuh,” kata Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan.

Dalam satu kenyataan, beliau menjelaskan panjang lebar rasionalisasi penamatan MoU antara kerajaan dan pembangkang yang berakhir 31 Julai ini.

Kata Shahril, ada laporan bahawa seorang pemimpin UMNO berpandangan “UMNO merupakan musuh terbesar kita pada masa ini”.

“Saya tak pasti apa konteks komen tersebut, tetapi antara alasannya ialah kerana sebahagian dari kepimpinan tidak mahu menyambung MOU bersama pembangkang.

“Pertama sekali, siapa “kita” yang dimaksudkan dalam “musuh kita”? Sefaham saya, “kita” berpegang kepada keputusan parti yang jelas pada tarikh 14 April 2022, di mana Majlis Kerja Tertinggi (MKT) telah membuat beberapa keputusan,” katanya.

Antara keputusannya kata Shahril ialah kedudukan MoU antara kerajaan dan Pakatan Harapan (PH)
tidak akan diteruskan lagi selepas 31 Julai 2022.

“Pembentangan Akta Anti Lompat Parti mesti diteruskan dan disokong untuk diluluskan tanpa sebarang halangan. UMNO berpendirian bahawa Akta ini perlu segera dibentang bagi memastikan pengundi kembali yakin dengan sistem demokrasi negara. InsyaAllah Akta ini akan dibentangkan, dibahas, dan diluluskan pada sidang Parlimen akan datang yang bermula hari Isnin ini.

“Selain itu, Perhimpunan Agung Khas diadakan untuk mengabsahkan usul Perhimpunan Agung UMNO 2021 berkenaan dengan pindaan Perlembagaan UMNO mengenai tempoh pemilihan parti,” ujarnya.

Tambah beliau lagi, Datuk Seri Ismail Sabri sebulat suara dicadangkan oleh MKT UMNO sebagai calon Perdana Menteri bagi PRU-15.

“Keputusan ini semua sama ada sudah, atau sedang berlangsung/berkuatkuasa dalam erti kata lain, “in effect”. Tinggal satu saja yang hanya mampu terpakai selepas 31 Julai.

“Ini cara kepimpinan dan MKT UMNO buat keputusan – bermusyawarah dan kemudian hormati keputusan,” jelas Shahril lagi.

Tegas beliau, tidak timbul ini agenda sesiapa. Ia keputusan bersama dalam mesyuarat. Tidak timbul soal UMNO ialah “musuh kita”.

Dalam perkembangan lain, katayq, tujuan dan rasional keputusan UMNO berkenaan MOU Kerajaan bersama pembangkang perlu dilihat dari sudut yang betul supaya tidak disensasi.

“MOU yang wujud hari ini telah membantu kestabilan politik sewaktu suasana berbeza tahun lepas. Ia lahir dari kematangan dwi-partisan yang dipuji oleh Yang DiPertuan Agong sendiri dalam titah diraja Baginda. Setelah bertukar tiga Perdana Menteri dalam sepenggal, persefahaman antara Kerajaan dan pembangkang meredakan suhu dan membolehkan pentadbiran dijalankan tanpa tanda soal berterusan.

“Tetapi sekarang sudah di hujung penggal. PRU akan tetap tiba. Di sini, UMNO dan Perdana Menteri dari UMNO perlu ada ruang menentukan tarikh sesuai.

“Sedar atau tidak, dengan MOU sedia ada, ruang itu tertutup untuk satu tempoh kerana wujud persetujuan untuk tidak membubarkan Parlimen sebelum 31 Julai 2022. Tak apa, kita faham situasi pada waktu itu dan kemaslahatan lebih besar; tetapi sekarang senarionya sudah berbeza,” jelas beliau.

Maka sebab itulah kata Shahril, parti buat keputusan agar selepas 31 Julai tangan kita tidak terikat lagi dan opsyen akan ada di tangan Perdana Menteri.

“Perdana Menteri orang UMNO dan umum mengetahui keputusan PAU untuk memberi mandat kepada Top 5 untuk berbincang.

“Jelas, soal lain dalam MOU itu berhubung transformasi pentadbiran termasuk RUU Anti Lompat Parti, pembaharuan Parlimen dan lain-lain perkara boleh diteruskan atas semangat kematangan tersebut. Tetapi soal ikatan sehingga 31 Julai itu, tak perlu dilanjutkan lagi,” katanya.

Maka menurut beliau, keputusan MKT ini sebenarnya memberi kelebihan dan ruang kepada UMNO dan khususnya Perdana Menteri dari UMNO.

“Sekali lagi, tak soal timbul UMNO ialah “musuh” kepada orang UMNO sendiri,” tegasnya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang mendakwa usaha meneruskan MoU antara kerajaan dan PH itu menerima tentangan daripada UMNO sendiri.

Nazri melalui forum di Yusof Ishak Institute, dilaporkan berkata Ismail Sabri berdepan tentangan dalam UMNO dan bukan pihak lain bagi menyambung MoU Transformasi dan Kestabilan Politik yang ditandatangani kerajaan Persekutuan dan PH pada 13 September lalu.

Nazri juga mendakwa, ada pihak tertentu yang mahu MoU itu ditamatkan dan PRU-15 disegerakan kerana mempunyai kepentingan peribadi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat