Raja segala papan induk

- Advertisement -

Jenama perkakas kelas permainan terkemuka, MSI sekali lagi membuktikan keupayaannya apabila menyediakan perkakas desktop kelas prestasi yang terbaik.

Menerusi papan induk generasi MEG Z690 Godlike yang dilengkapi dengan ciri premium seperti penyeragaman lampu ARGB termasuk kelengkapan skrin LCD pada pemuka papan induk berkenaan.

MSI MEG Z690 Godlike didatangkan dengan pemuka LCD dan menjadi pengeluar pertama yang menyertakan perkakas berkenaan dengan maklumat LCD.

Ia sebesar 3.5 inci IPS LCD dengan kawalan sesentuh bersama paparan penuh berwarna termasuk kefungsian pembesar suara.

Menerusi kawalan skrin sesentuh itu, pengguna boleh memilih sama pengubahsuaian seperti penalaan lebih (overclocked), membersihkan CMOS termasuk paparan umum antaranya bacaan suhu CPU.

Semua kawalan berkenaan boleh dilaksanakan dengan hanya menekan panel sesentuh berkenaan tanpa sebarang masalah.

Bagi sokongan penyambungan pula, ia dilengkapi dengan 10G Super LAN bersama 2.5G LAN untuk memberikan keupayaan ketersambungan tanpa lengah.

Sesuai dengan kelas premium, ia dilengkapi dengan dua Thunderbolt 4 USB-C dengan kelajuan 40GB/s yang menyokong paparan 8K tanpa sebarang masalah.

Perkakas kelas prestasi sering mengalami masalah haba namun untuk perkakas papan induk MEG Z690 Godlike ini tidak menjadi masalah apabila ia dilengkapi dengan pelindung aluminium bersama-sama paip haba.

Papan induk ini juga menyokong enam slot M.2  dengan keupayaan generasi 5 bersama-sama pelindung Frozr untuk memastikan storan M.2 kekal pada haba minimum.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat