CBP Agih Dividen Lebih RM58 Juta

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah meluluskan permohonan pembayaran dividen bagi syer biasa dan syer keutamaan (iRCPS) Co-Opbank Pertama (CBP) bagi tahun kewangan berakhir 2021 pada 14 Julai 2022.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif CBP, Khairil Anuar Mohamad Anuar berkata, CBP merekodkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM86.16 juta iaitu peningkatan sebanyak 2.4% dari tahun 2020 yang berjumlah RM84.15 juta.

Jelasnya, prestasi baik ini didorong oleh pelaksanaan strategi perniagaan yang berkesan oleh Pengurusan CBP walaupun terdapat sedikit peningkatan bagi Pinjaman Tidak Berbayar yang disumbang

Bagaimanapun, jumlah keanggotaan CBP menunjukkan sedikit penurunan sebanyak
858 anggota dengan jumlah keseluruhan anggota pada tahun 2021 adalah sebanyak
91,601.

Pembayaran dividen bagi tahun kewangan 2021 yang berjumlah lebih RM58 juta ini
merupakan jumlah yang tertinggi dalam sejarah penubuhan CBP sejak dari tahun
1950.

“Bagi tahun 2021, jumlah pembayaran dividen yang dibayar adalah sebanyak
RM58.93 juta berbanding tahun 2020 yang berjumlah RM58.3 juta. Peningkatan
jumlah bayaran ini akan memberi manfaat kepada 91,601 anggota CBP yang layak.
Jumlah syer keseluruhan CBP melebihi RM1.03 bilion setakat 31 Disember
2021,

“Kadar dividen bersih bagi tahun 2021 adalah sebanyak 6.82% bagi syer iRCPS dan
6.10% bagi syer biasa dan ini juga adalah setanding dengan jumlah dividen yang
dibayar oleh dana pelaburan lain di Malaysia”, ”katanya menerusi kenyataan media, pada Jumaat.

Ujarnya lagi, para anggota CBP boleh membuat pengeluaran dividen masing-masing bermula 18 Julai 2022 secara atas talian melalui aplikasi e-Semakan atau di semua cawangan CBP di seluruh negara. Penyata dividen boleh disemak mulai 22 Julai 2022 di
https://dividen.cbp.com.my. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat