Ugut Saksi 1MDB, Lokman Adam Dipenjara Sebulan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara sebulan kepada bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam.

Lokman dijatuhkan hukuman kerana bersalah menghina mahkamah dengan mengugut saksi kes 1MDB membabitkan bekas Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abd Razak.

Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah memerintahkan Lokman menjalani hukuman penjara bermula hari ini.

Saksi itu adalah bekas pegawai khas Najib, Datuk Amhari Efendi Nazaruddin, saksi penting dalam kes berkenaan.

Mahkamah membenarkan permohonan Lokman yang diwakili peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah agar hukuman ditangguhkan sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan.

Mahkamah kemudian memerintahkan Lokman dikenakan bon jaminan RM3,000 dengan seorang penjamin.

Pada 22 Oktober tahun lalu,  Hakim Collin Lawrence Sequerah memberi kebenaran kepada Peguam Negara ketika itu, Tan Sri Tommy Thomas untuk memulakan prosiding komital terhadap Lokman bagi perbuatan menghina mahkamah yang dilakukan dua kali pada 25 September tahun lalu.

Thomas, yang dilantik sebagai Peguam Negara untuk tempoh dua tahun pada 4 Jun, 2018 oleh perdana menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad bagi menggantikan Tan Sri Mohamed Apandi Ali, meletak jawatan pada 29 Feb lepas.

Thomas memulakan prosiding komital terhadap Lokman Noor dengan memohon supaya responden dipenjara atau didenda atas perbuatannya.

Thomas pada 25 September tahun lalu mendakwa Lokman dalam temu bual video mengeluarkan perkataan berbaur ancaman atau membawa maksud untuk mengugut Amhari Efendi kerana memberi keterangan dalam perbicaraan kes Najib di Mahkamah Tinggi.

Tujuan tindakan responden, kata Peguam Negara, adalah untuk mengganggu dan mengugut Amhari Efendi, saksi lain dan mana-mana saksi berpotensi yang mungkin tampil untuk memberi keterangan terhadap Najib pada perbicaraan kes 1MDB.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat