Tun M Namakan Azmin, Mukhriz Calon Potensi PM Masa Depan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Siapa sangka Tun Dr Mahathir Mohamad menamakan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai calon potensi Perdana Menteri untuk masa depan.

Pun begitu, bekas Perdana Menteri turut berpendapat ada tiga atau empat calon atau mungkin lebih yang berpotensi menjadi Perdana Menteri pada masa akan datang.

Tapi tak sangka bekas Perdana Menteri akan menyebut nama Azmin yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan calon lain yang dinamakan Mahathir anaknya, Datuk Seri Mukhriz.

Beliau berkata demikian dalam program What’s Going On Malaysia? With Harith Iskandar secara langsung di Youtube malam tadi.

Penonton tersebut bertanya kepada Dr. Mahathir siapakan calon Perdana Menteri pada masa akan datang jika beliau boleh memilihnya.

Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu bagaimanapun menegaskan tidak percaya dengan memilih hanya seorang kerana calon-calon itu perlu bersaing untuk mendapat jawatan nombor satu dalam kerajaan.

“Ada tiga hingga empat calon dan boleh jadi lebih. Ramai yang melihat saya mesra kepada Azmin, salah satu calonnya. Saya juga rasa ada calon Perdana Menteri yang bukan datang daripada ahli politik terkemuka.

“Mereka berada di luar daripada kumpulan ahli politik dan orang baharu serta dalam kalangan mereka yang tunjuk minat dalam politik dan saya tidak boleh namakan kerana tidak adil buat mereka.

“Ada juga menamakan Mukhriz iaitu anak saya, ada juga. Tapi saya tidak percaya dengan memilih seorang dan mereka kena bersaing untuk mendapat jawatan itu. Apa pun pemimpin Pejuang perlu bekerja keras,” katanya.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Langkawi itu juga mengakui beliau tidak mungkin lagi menjadi perdana Menteri buat kali ketiga memandangkan umurnya sudah mencecah 96 tahun.

Jelas beliau, ketika memegang jawatan itu kali kedua, umurnya adalah 93 tahun dan berpendapat mampu menjawatnya untuk beberapa ketika sahaja jika terpilih.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat