Gabungan idea lebih padu

- Advertisement -

AKTIF menjayakan projek berasingan beberapa tahun kebelakangan ini, kumpulan K-Clique kembali bergabung menerusi single baharu berjudul Paracetamol. Apa yang pasti, ada pembaharuan dalam karya mereka kali ini.

Dianggotai MK, Noki, Tuju, SoMean, KDeaf, FareedPF, Gnello dan NastyNas tidak disangkal gabungan idea mereka pastinya lebih padu. Mana tidak, ia hasil perahan keringat lapan individu.

Bagaimanapun, mereka enggan tampil dengan lagu yang mesejnya kurang memberi impak. Setiap karya dihasilkan perlu sarat dengan terjemahan penting untuk dijadikan pedoman buat pendengar.

Demikian juga lagu Paracetamol. Menjelaskan maksud keseluruhan lagu, Tuju mengakui setiap orang perlu memiliki sudut pandangan yang munasabah apabila menyentuh mengenai survival.

“Paracetamol adalah lagu mengenai semangat bersaing dari pelbagai sudut. Apa yang kita cuba bersaing dalam hidup kita sebenarnya?

“Ia tidak lain hanya untuk bersaing dengan diri sendiri. Kita perlu bersaing untuk teruskan kehidupan dengan pelbagai dugaan yang kita perlu tempuh sepanjang jalan,” katanya.

Sebagaimana prinsip K-Clique mahu menyajikan melodi segar dan lebih ke depan, Somean berkata, pembaharuan kali ini adalah dari segi aura.

“Pembaharuan dalam lagu kali ini adalah kami membawa aura hip hop yang terkini iaitu rentak ‘Drill’. Sebelum ini kami banyak menggunakan rentak ‘Boom Bap’ dan ‘Trap’ saja,” katanya.

Dari sudut pengkarya, Noki pula mengakui proses penghasilan Paracetamol sebenarnya agak lancar. Bagaimanapun, dia tidak menafikan perintah berkurung yang berlangsung begitu menekan.

“Proses pembikinan lagu ini sebenarnya lebih kurang macam penghasilan lagu K-Clique sebelum ini. Daripada cetusan idea, melodi dan lirik, coraknya tak banyak beza.

 

K-CLIQUE kembali bergabung saji melodi segar dalam lagu Paracetamol.
K-CLIQUE kembali bergabung saji melodi segar dalam lagu Paracetamol.

 

“Cumanya yang cukup merumitkan semestinya terkena pada tempoh ‘lockdown’ seluruh Malaysia. Jadi, ia menyukarkan untuk kami buat proses rakamannya sebagaimana sebelum ini,” katanya.

Apapun, bagi mereka setiap cabaran itu adalah lumrah yang perlu ditempuhi dalam proses berkarya. Tidak sekali pun ia mengganggu gugat corak kerja apabila lakukannya secara berkumpulan.

Menurut Gnello, dia sangat bersyukur apabila setiap mereka bekerja keras dalam memastikan kejayaan sesebuah lagu. Itu yang membuatkan segalanya berada di landasan benar.

“Proses pembikinan lagu K-Clique sebenarnya tidak terlalu susah. Ini disebabkan kami memiliki lapan ahli yang sentiasa menyumbang idea untuk semua jenis lagu.

“Cuma yang merumitkan adalah keadaan perintah berkurung sekarang. Memang ia menyukarkan kami untuk lancarkan proses rakaman sebarang lagu ataupun kerja berkaitan,” katanya.

Dalam pada itu, K-Clique juga tidak mahu terlalu berasa tertekan dengan keadaan sekarang. Bagi mereka, setiap masa perlu dimanfaat untuk mengatur perjalanan mereka ke depan.

Selain giat berkarya, mereka menyimpan misi untuk mengembangkan lagi nama ke luar negara. Apatah lagi sekarang nama kumpulan itu semakin menjadi perhatian peminat dalam rantau Asia Tenggara.

Tidak ketinggalan, mereka semestinya berharap untuk kembali menjayakan persembahan pentas sebagai berkumpulan. Mereka sangat rindu untuk menghiburkan peminat.

“Insya-Allah kami akan menjayakan konsert siri jelajah dalam negara apabila keadaan semakin baik. Itu perancangan terbaharu kami akan datang.

 

K-CLIQUE tampil pembaharuan dalam lagu baharu, Paracetamol.
K-CLIQUE tampil pembaharuan dalam lagu baharu, Paracetamol.

 

“Apabila sempadan negara sudah dibuka nanti, kalau tiada halangan kami juga akan bekerjasama dengan artis Indonesia. Kami sasarkan untuk tembus ke pasaran Asia Tenggara dan Asia sekarang,” katanya.

Dengan pelancaran single baharu itu, FareedPF pula mengakui lega apabila mereka kembali bersatu dalam lagu. Baginya, ia bukti mereka sangat rindu peminat dan pada masa sama mahu ubati kerinduan.

“Harapan kami tidak setinggi mana, tapi kami rasa lagu ini ibarat ubat kami untuk peminat yang sudah lama nantikan karya terbaru. K-Clique pun sememangnya sentiasa tidak meletakkan apa-apa harapan.

“Cumanya kami tahu peminat pun sudah ternanti-nanti mahu dengar lagu baharu. Kami harap mereka suka dengan konsep lagu Paracetamol dan menikmatinya berkali-kali,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat