PM Lancar Program Bakul Prihatin Negara

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini melancarkan Program Bakul Prihatin Negara yang merupakan komitmen kerajaan dalam memelihara kesejahteraan rakyat dan masyarakat yang terjejas ekoran pandemik COVID-19.

Muhyiddin berkata program tersebut membabitkan pengagihan 420,000 bakul bantuan barangan keperluan kepada 1.68 juta penerima dengan peruntukan RM21 juta.

“Dalam soal pengurusan kebajikan rakyat ni kita tak boleh berkompromi. Selagi masalah pandemik COVID-19 belum dapat diatasi dan soal ekonomi belum pulih, saya cukup prihatin dan rasa agak bertanggungjawab untuk menentukan kesejahteraan rakyat di negara kita tak kira apa latar belakang mereka, di mana mereka berada, mestilah kita laksanakan dan kita berikan sebaik-baik perhatian untuk membantu mereka.

“Sebahagian besar dari kumpulan sasar yang ada baik M40, B40, atau T20 yang terkesan kerana tak boleh nak berniaga dan berhenti kerja, semua kita sampaikan bantuan,” katanya.

Kerajaan jelasnya telah menyalurkan sebanyak 2.315 juta bakul makanan membabitkan peruntukan RM173.4 juta yang memanfaatkan seramai 9.26 juta orang sejak pelaksanaan Bantuan Bakul Makanan fasa pertama pada Mac tahun lalu.

Program berkonsepkan `masyarakat menyeluruh’ membabitkan kerjasama kerajaan dan syarikat korporat dan ia diuruskan Yayasan Kebajikan Negara (YKN) di bawah Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Setiap bakul makanan bernilai RM50 itu mengandungi beras, gula, tepung gandum, bihun, kicap, sardin, biskut, kopi dan garam.

Dariapada jumlah peruntukan RM21 juta itu, RM5 juta adalah peruntukan kerajaan manakala RM16 juta disumbangkan oleh syarikat korporat.

Sumber Foto: BERITA HARIAN

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat