Justin Bieber, Hailey baik-baik saja

- Advertisement -

Los Angeles: Model Hailey Bieber, 24, tampil bersuara menyelar dakwaan dia ditengking suaminya juga penyanyi, Justin Bieber, 27, baru-baru ini.

Ia susulan sebuah video tular di mana Justin kelihatan menengking isterinya di khalayak ramai selepas tamat persembahan di sebuah acara, di sini.

Hailey yang kini berada di Venice, Itali akhirnya membuat hantaran menerusi Instagram Stories bagi membuktikan dia dan Bieber baik-baik saja.

“Mengimbas kembali betapa luar biasanya masa hujung minggu lalu. Sangat berseronok dengan dikelilingi orang-orang tersayang.

“Mana-mana cerita lain yang bertebaran mengenainya adalah palsu. Jangan terpedaya dengan sebaran negatif itu,” katanya.

Terdahulu, pelbagai spekulasi timbul selepas video Justin menengking Hailey itu menjadi tular. Ada yang tertanya-tanya sama ada hubungan mereka bermasalah.

Bagaimanapun, sumber mendedahkan keadaan sebenarnya bukan seperti dalam video terbabit iaitu Justin tidak menengking isterinya.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 2018 dan cukup bahagia walaupun berkahwin pada usia muda.

Hailey jelas melengkapkan lagi hidup Justin dan membawa perubahan drastik dalam diri penyanyi itu.

Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat