Balai Seni Negara perkukuh kerjasama dengan media sebagai rakan strategik HAWANA 2026

Oleh Zihan Zari

KUALA LUMPUR – Balai Seni Negara merupakan salah satu daripada 113 rakan strategik Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) yang menyokong penganjuran Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2026.

Balai Seni Negara dalam kenyataan berkata Ketua Pengarahnya, Amerrudin Ahmad telah menghadiri Majlis Bersama Rakan Strategik HAWANA 2026 yang berlangsung dekat sini, baru-baru ini.

“Penglibatan ini mencerminkan komitmen berterusan Balai Seni Negara dalam menyokong usaha memperkasa peranan media sebagai medium penting dalam pembangunan negara dan penyampaian maklumat kepada masyarakat, ”kata kenyataan itu.

Majlis yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching, diadakan sebagai tanda penghargaan kepada rakan strategik yang menyokong penganjuran HAWANA 2026 serta menjadi platform mengukuhkan kerjasama antara organisasi media, agensi kerajaan dan sektor swasta.

Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif) Kementerian Komunikasi, Datuk Bahria Mohd Tamil; Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Ghopran Yeop Hamzah; Pengerusi BERNAMA, Datuk Seri Wong Chun Wai; Ketua Pegawai Eksekutif BERNAMA merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kerja HAWANA 2026, Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin; Ketua Pengarang BERNAMA, Arul Rajoo Durar Raj; Timbalan Ketua Pengarang (Perkhidmatan Berita) BERNAMA merangkap Pengarah Projek HAWANA 2026, Mohd Shukri Ishak; dan Pemangku Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Ekonomi Harlina Samson.

“Balai Seni Negara turut merakamkan penghargaan kepada para pengamal media atas sokongan berterusan dalam mengetengahkan seni visual tempatan kepada masyarakat.

“Peranan media amat penting dalam meningkatkan apresiasi terhadap seni, budaya dan warisan negara serta memperluas capaian program dan inisiatif yang dilaksanakan, ”tambahnya.

Tambahnya lagi, Balai Seni Negara berharap kerjasama strategik bersama media akan terus diperkukuh bagi memperluas penyebaran maklumat serta menyokong pembangunan ekosistem seni dan budaya negara.

Sambutan HAWANA 2026 yang bertemakan ‘Media Berintegriti, Teras Kredibiliti’ akan berlangsung dari 19 hingga 21 Jun ini di Pusat Konvensyen PICCA @ Arena Butterworth, Pulau Pinang dengan majlis kemuncaknya pada 20 Jun ini. – SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat