Penyejuk cecair selesai masalah suhu tinggi

- Advertisement -

Set desktop kelas prestasi sememangnya menghasilkan haba yang tinggi kerana ia didatangkan dengan jumlah teras yang banyak di samping kadar ‘TDP’ yang berbeza dengan cip pemproses biasa.

Seringkali pengguna akan memantau suhu pemproses mereka kerana bimbang bacaan berlebihan atau ‘panas keterlaluan’ sehingga memberi kesan buruk dalam jangka panjang untuk perkakas berkenaan.

Kini, jumlah teras untuk cip pemproses sudah semakin bertambah bermula daripada empat teras, lapan teras, 10 sehingga kepada 16 teras bersama keperluan bekalan tenaga melebihi 200W.

Untuk itu, pengguna boleh menyelesaikan masalah bacaan suhu tinggi berkenaan dengan penggunaan penyejuk semua dalam satu (AIO).

Pengeluar perkakas komputer kelas prestasi terkemuka, MSI mempunyai barisan produk yang mampu memberi penyejukan paling optimum kepada perkakas pengguna khususnya yang berdepan dengan masalah suhu tinggi.

Jika pengguna mempunyai set desktop berwarna putih, pastinya padanana MAG CoreLiquid 240R V2 White bukan saja menyelesaikan masalah malah memberi nilai tambah kepada keupayaan prestasi secara menyeluruh.

Pam untuk sistem penyejuk ini boleh diputar mengikut kesesuaian sebanyak 270 darjah dan ia menggunakan sistem integrasi pam penyejuk dengan radiator bagi mengurangkan penghasilan bunyi bising.

Siri ini juga menyokong hampir semua soket cip pemproses sekali gus memberikan kebebasan kepada pengguna untuk menaiktaraf sistem mereka tanpa perlu memikirkan penukaran AIO.

Selain itu, MSI turut menawarkan AIO daripada barisan MEG CoreLiquid S360 dengan rekaan pam empat segi bersama paparan LCD suhu cip pemproses.

Sistem penyejuk jenis ini didatangkan dengan radiator 240mm, 280mm dan 360mm mengikut kesesuaian set desktop pengguna.

Ia menyokong soket AMD AM5 serta kesediaan untuk cip pemproses generasi seterusnya bagi AMD iaitu Ryzen 7000.

Mungkin bagi pengguna yang masih mencari-cari AIO mengikut set desktop mereka, MSI MPG CoreLiquid K360 dicadangkan sesuai untuk set papan induk MPG Z690 Force WiFi manakala untuk MAG CoreLiquid 240R sesuai bagi MAG B660M Mortar WiFi DDR4 bersama MAG MPG Z690 Force WiFi.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,591FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat