Faizal tak ‘koyak’ anggap jangan hisap gam sebagai nasihat baik

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Nampaknya Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu tidak mudah ‘koyak’ dengan kain rentang yang dituju khas untuk beliau dengan tulisan ‘Peja jgn sap gam”.

Ahmad Faizal malah menerima teguran tersebut dengan berlapang dada.

Paparan kain rentang yang jelas terpampang pada aksi terakhir Kumpulan E Kelayakan Piala Asia 2023 melibatkan skuad Harimau Malaya menentang Bangladesh di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi didedikasikan untuk Menteri Belia dan Sukan.

Kain rentang “Peja jgn sap gam!!! itu dilihat dipasang oleh segelintir penyokong skuad Harimau Malaya ternyata mencuri tumpuan di stadium bahkan ia turut tular di media sosial.

Pun begitu, Ahmad Faizal menciap di Twitter dengan menganggap nasihat jangan hisap gam sebagai teguran yang baik.

“Nasihat yang amat baik kepada saya dan kepada semua!! Terima kasih!! Semoga Allah berkati segala kebaikan kita,” ciap Menteri Belia dan Sukan itu sebagai respons balas terhadap kain rentang berkenaan.

Ekoran kekalahan Harimau Malaya menentang Bahrain pada Sabtu lalu, Ahmad Faizal menegaskan faktor luaran seperti sorakan 63,000 penyokong di stadium menjadi punca skuad kebangsaan hilang fokus.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,591FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat