Cium tangan PM, Faizal tak malu hormat pemimpin yang baik

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- “Jangan malu menghormati pemimpin yang baik, mesti jauhi pemimpin rasuah”, demikian sindiran pedas Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu kepada Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang menyindir beliau mencium tangan Perdana Menteri semalam di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Ahmad Faizal yang merupakan Timbalan Presiden Bersatu membidas Ketua Pemuda UMNO itu dengan mengatakan, teladan memuliakan dan menghormati pemimpin sebetulnya sudah diajarkan oleh Rasulullah.

“Daripada Abu Musa dia berkata, bersabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya termasuk mengagungkan Allah adalah menghormati seorang muslim yang beruban (sudah tua), pembawa Al-Qur’an yang tidak berlebih-lebihan padanya (dengan melampaui batas) dan tidak menjauh (dari mengamalkan) Al-Qur’an tersebut, serta memuliakan pemimpin yang adil.” (HR. Abu Daud No: 7/354).

May be an image of 2 people and text that says "DR ASYRAF WAJDI DUSUKI ago Gambar paling win malam ni! Bukan senang nak tengok Timbalan Presiden PPBM merangkap Menteri KBS YB Faizal Azumu @ Peja cium tangan PM daripada UMNO. Alhamdulillah Malaysia menang 12 FahmiHfsAbdJaliland658others"

“Saya sentiasa menghormati semangat Keluarga Malaysia, Dr Asyraf Wajdi Dusuki pula bagaimana?’ bidas Ahmad Faizal di Facebooknya pada Rabu.

Terdahulu, Asyraf dalam hantaran di Facebooknya berkongsi gambar momen di mana Ahmad Faizal kelihatan mencium tangan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika perlawanan bola sepak Harimau Malaya menang bergaya menumpaskan Bangladesh, sekali gus melayakkan Malaysia mara ke Piala Asia 2023.

Tulis Asyraf “gambar paling win malam ni! Bukan senang nak tengok Timbalan Presiden Bersatu merangkap Menteri Belia dan Sukan, Faizal Azumu cium tangan PM daripada UMNO.

“Alhamdulillah Malaysia menang 4-1!

Bagaimanapun, Asyraf dilihat menyunting hantaran tersebut dengan mengucapkan tahniah kepada Ahmad Faizal dengan ucapan a sign of respect.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,592FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat