‘Pak Hamid Gurkha pesan anak-anak supaya jaga emak baik-baik’

- Advertisement -

Klang: “Dia selalu nasihat dan akan cakap kepada semua anak-anak untuk jaga mak baik-baik, jaga hubungan silaturahim sesama adik-beradik,” kata anak bongsu Allahyarham Hamid Gurkha, Nor Ashita, 47, ketika ditemui selepas majlis pengebumian pelawak legenda itu di Tanah Perkuburan Islam Jalan Sungai Jati, di sini, malam tadi.

Menurutnya, nasihat daripada Allahyarham agar sentiasa menjaga hubungan sesama ahli keluarga sentiasa menjadi pegangan dan ingatan dalam dirinya.

Nor berkata, Allahyarham bapanya tidak mahu mereka adik-beradik bergaduh atau berpecah belah.

Menurut Nor, ahli keluarganya masih terkejut dengan pemergian Hamid kerana ia meninggalkan kesan begitu mendalam buat mereka.

“Kami reda, ini semua kerja Tuhan, masanya pun sudah sampai. Kami terima saja.

“Cuma, kami terkilan sangat masa dia pergi kerana tak dapat bersama-sama dengan dia sebab tak boleh masuk wad pengasingan (isolatioan ward) itu. Jadi, bila doktor kata dia dah tak ada memang kami rasa satu tamparan sebab sebelum ini kami selalu ada dengan dia. Namun, keluarga saya tetap reda, sebab masanya sudah sampai,” katanya.

Menurut Nor, Allahyarham adalah bekas tentera, namun ketegasan seorang tentera itu sama sekali tidak terpakai dalam mendidik anak-anak, sebaliknya membesarkan mereka dengan penuh kasih sayang.

 

KLANG 14 JUN 2022. Anak bongsu allahyarham pelawak legenda, Hamid Gurkha, Nor Ashita Hamid. STR/FAIZ ANUAR

 

“Dia sentiasa rapat dengan keluarga, walau sakit macam mana pun dia mesti panggil anak dan isteri. Walaupun dia bekas askar tapi dengan anak dan cucu dia biasa saja. Nak kata garang sangat pun tak juga dia biasa saja, hanya seorang bapa yang sayangkan keluarga,” katanya.

Jenazah Hamid dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Sungai Jati, di sini, jam 9.50 malam dengan dihadiri lebih 300 orang termasuk keluarga dan kenalannya.

Allahyarham sebelum itu disahkan meninggal dunia pada jam 2.19 petang di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini, akibat penyakit tibi dan beberapa komplikasi lain.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat