Eyka Farhana terpaksa lepaskan ‘Ema’…

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Pelakon, Eyka Farhana terpaksa membatalkan pembabitannya dalam drama Pretty Little Liars musim kedua yang dijadualkan memulakan penggambaran pada 25 Jun ini di Indonesia.

Eyka berkata disebabkan Covid-19 dan beberapa kekangan lain, watak Ema yang dipegangnya dalam musim pertama drama itu harus digantikan oleh pelakon lain.

“Kalau ikutkan rancangan asal, saya berangkat ke Indonesia pada 1 Jun lalu dan menjalani kuarantin selama 14 hari sebelum memulakan penggambaran.

“Namun, disebabkan Covid-19 dan ada drama lakonan saya di Malaysia yang masih tertangguh, saya terpaksa batalkan pembabitan dalam drama itu sekali gus watak saya kena digantikan oleh pelakon lain,” katanya kepada Harian Metro.

Tambahnya, pihak produksi drama bersiri itu  yang diadaptasi daripada drama dengan judul sama dari Amerika, juga sudah mempersiapkan beberapa keperluan.

“Pihak produksi sudah menyiapkan permit kerja dan visa. Namun, saya juga risau sekiranya ke sana (Indonesia), bagaimana pula saya nak selesaikan penggambaran drama di sini yang bakinya tinggal baki beberapa saja lagi.

“Lagi pula, drama yang saya lakonkan di tanah air sudah ada tarikh tayangan. Jadi, saya tak mahu timbul pula masalah lain nanti,” katanya.

Eyka juga meluahkan kekecewaannya dan berkongsi mengenai kerugian yang dihadapi.

“Memang ada rasa kecewa juga, tapi saya fikir positif dan menganggap mungkin ada rezeki lain buat saya,” katanya.

“Kalau bercakap mengenai kerugian, rasanya benda paling rugi adalah saya tak dapat nak teruskan rancangan untuk kembangkan nama saya di Indonesia.

“Satu lagi, pihak produksi juga terpaksa teruskan penggambaran kerana mereka perlu ikut skrip dari jalan cerita asal. Jadi, mahu atau tidak, mereka terpaksa cari pengganti saya untuk watak Ema itu,” katanya.

Selain Eyka, drama Pretty Little Liars dibintangi Shindy Huang, Anya Geraldine, Valerie Thomas dan Wulan Guritno.

Terbaru, drama lakonan Eyka iaitu Budak Tebing 2 akan mula bersiaran di TV3 untuk slot Lestary pada 18 Jun ini, setiap hari Rabu hingga Sabtu, jam 9 malam.

Drama popular arahan Feroz Kader itu turut dibintangi barisan pelakon lain seperti Aedy Ashraf, Bella Downna, Firdaus Ghufran, Adam Lee dan ramai lagi.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat