Bella Dowanna tak mahu kongsi keputusan SPM

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Pelakon, Bella Dowanna bersyukur dengan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diterimanya baru-baru ini, namun enggan berkongsi lebih lanjut mengenainya.

Bella berkata, dengan keputusan itu, dia merancang untuk meneruskan pengajian dalam bidang perniagaan.

“Saya memilih untuk tidak berkongsi mengenai keputusan SPM saya. Dengan kawan-kawan rapat pun saya segan nak kongsikan.

“Apa yang boleh saya kongsikan, saya ada memperoleh A dan tidak ada mata pelajaran yang gagal. Alhamdulillah. Setakat ini, saya masih lagi mencari institusi pengajian yang sesuai untuk saya menyambung pengajian dalam bidang perniagaan,” kata pelakon yang dikenali menerusi drama bersiri Budak Tebing itu.

Bella yang kini tampil dengan Budak Tebing 2 berkata, dia berdepan cabaran ketika menjalani penggambaran drama itu kerana pada masa sama, dia perlu memberi tumpuan terhadap SPM.

“Memang susah untuk saya susun waktu kerana ada ketikanya penggambaran berlangsung hingga malam.

“Jadi, saya mengambil inisiatif untuk menyertai kelas peribadi bersama guru saya dan mengejar semula mana-mana pelajaran yang saya terlepas,” katanya.

Selain Bella, Budak Tebing 2 arahan Feroz Kader membariskan barisan pelakon hebat antaranya Aedy Ashraf, Eyka Farhana, Firdaus Ghufran, Adam Lee dan ramai lagi.

Budak Tebing 2 akan mula bersiaran di slot Lestary TV3 bermula 18 Jun ini, setiap Rabu hingga Sabtu, jam 9 malam.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat