Yusry, Lisa timang anak lelaki

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Pelakon dan pengarah, Datuk Yusry Abdul Halim mengumumkan berita gembira sudah menimang anak ketiga apabila isterinya juga pelakon, Datin Lisa Surihani selamat melahirkan bayi lelaki pada jam 2.30 pagi, hari ini.

Lebih manis, kelahiran itu jatuh pada ulang tahun hari jadi Yusry yang ke-48 dan dia menyifatkan ia hadiah paling bermakna buatnya.

Yusry turut mengucapkan rasa syukur atas hadiah hari lahir istimewa itu dan memaklumkan isteri serta bayi lelaki mereka kini dalam keadaan baik.

“What a birthday present. Welcome to the world Junior!” kongsi Yusry menerusi Instagram.

Pada Februari lalu, Yusry mengumumkan Lisa sedang hamil serta menjelaskan dia dan isteri, tidak berniat untuk merahsiakan berita gembira itu.

Pasangan terbabit berkahwin pada 23 Februari 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Yahaira Leanne, 6, serta Yusof Leonne yang kini berusia empat tahun.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat