Agong akan bawa semua usul, idea dari pemimpin politik, pakar ke Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu esok

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah akan membawa semua buah fikiran dan idea yang diperoleh hasil pertemuan dengan 18 pemimpin parti politik termasuk Pengerusi Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021, Tun Ariffin Zakaria ke Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu esok yang akan bermula jam 2.30 petang di Istana Negara.

Menurut kenyataan rasmi Istana Negara yang disampaikan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, menjelaskan sesi-sesi menghadap bermula 9 Jun lalu melibatkan pemimpin parti politik adalah atas inisiatif serta keprihatinan Seri Paduka Baginda sendiri.

“Ia berkaitan dengan usaha-usaha memeerangi penularan wabak Covid-19 serta pelaksanaannya semasa tempoh darurat.

“Susulan sesi-sesi menghadap ini, pandangan-pandangan ini akan dikemukakan oleh para pemimpin parti politik akan diwasilkan di Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu esok,” kata beliau.

Ujar beliau lagi, sesi menghadap pemimpin parti politik yang berlangsung sepanjang minggu lalu dan awal minggu ini, Seri Paduka Baginda telah berkenan mendengar pandangan-pandangan daripada mereka tentang pelbagai isu.

Tambah Ahmad Fadil lagi, selain itu, beberapa pakar dan agensi-agensi kerajaan turut dijadualkan memberi sembah taklimat mengenai hal-hal berkaitan kesihatan, keselamatan, politik dan ekonomi negara di perbincangan khas esok.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat