Ismail Sabri Nafi Ada Perjumpaan, Sumber Malaysiakini Sahkan Ada Perancangan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri, menafikan sebarang perjumpaan dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi seperti yang dilaporkan oleh SuaraTv pagi tadi.

Bagaimanapun, kami difahamkan perjumpaan tersebut tidak membabitkan semua Menteri dan dibatalkan atas sebab dikhuatiri melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan.

Sementara itu, Malaysiakini yang melaporkan penafian Ismail Sabri sebentar tadi turut memetik beberapa sumber lain yang mengesahkan mengenai perjumpaan tersebut.

Menurut Malaysiakini, terdapat beberapa sumber lain – termasuk seorang yang berpangkat tinggi dalam Umno – yang mengesahkan perkara itu tetapi tidak mahu nama mereka didedahkan.

Salah seorang sumber berkata mesyuarat memang dijadualkan tetapi ia bersifat perbincangan tertutup.

“Tiada pengumuman mahupun kenyataan media akan dikeluarkan selepas pertemuan,” katanya. Dia enggan memberi maklumat lanjut, termasuk agenda mesyuarat.

Seorang lagi sumber yang rapat dengan Zahid turut mendakwa ada undangan tersebut, tetapi berkata dia tiada maklumat lanjut kerana mendakwa mesyuarat itu dipanggil oleh seorang menteri, bukannya presiden Umno.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat