Jemaah Menteri UMNO Alukan Keputusan MKT Namakan Ismail Sabri Calon PM PRU15

- Advertisement -

PUTRAJAYA: Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri dari parti UMNO mengalu-alukan keputusan Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang telah menamakan YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Melalui kenyataan media bersama yang dikeluarkan, Jemaah Menteri UMNO berkata, Keputusan yang dicapai dalam mesyuarat yang berlangsung semalam secara jelas mencerminkan keterbukaan kepimpinan UMNO yang diterajui oleh YB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi selaku Presiden dan YB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Hasan selaku Timbalan Presiden.

“Menteri dan Timbalan Menteri daripada parti UMNO dalam Kerajaan Keluarga Malaysia pimpinan YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob selaku Perdana Menteri mengambil maklum dan mengalu-alukan keputusan Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang telah menamakan YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

“Keputusan yang dicapai dalam mesyuarat yang berlangsung semalam secara jelas mencerminkan keterbukaan kepimpinan UMNO yang diterajui oleh YB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi selaku Presiden dan YB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Hasan selaku Timbalan Presiden. Keputusan ini juga merupakan manifestasi jiwa besar Presiden UMNO seperti yang terungkap dalam Ucapan Penggulungan beliau semasa Perhimpunan Agung UMNO 2021 yang berlangsung pada bulan lalu.” kata kenyataan tersebut.

Terdahulu, Majlis Kerja Tertinggi Umno sebulat suara mencadangkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 akan datang.

Keputusan tersebut dibuat melalui mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi Umno yang dipengerusikan oleh Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, pada Khamis.

Ujar kenyataan itu lagi, negara kini dalam Fasa Peralihan Ke Endemik yang mana penumpuan ke arah pemulihan negara sedang giat dijalankan oleh Kerajaan Keluarga Malaysia pimpinan Ismail Sabri.

Kprihatinan Perdana Menteri dalam usaha pemulihan ekonomi rakyat termasuklah pelaksanaan perintah gaji minimum baharu tidak lama lagi serta agenda membela nasib rakyat antaranya memastikan kepentingan dan hak Wanita 1/3.

Pencalonan YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon tunggal Perdana Menteri daripada parti UMNO bakal menjamin kesinambungan dan kelangsungan kepada setiap perancangan serta agenda pemulihan negara pasca pandemik COVID-19

“Sebagaimana maklum, Malaysia ketika ini telah melangkah ke Fasa Peralihan ke Endemik yang mana penumpuan ke arah pemulihan negara sedang giat diusahakan oleh kerajaan Keluarga Malaysia pimpinan YAB Perdana Menteri. Susulan daripada keadaan pandemik COVID-19 yang lebih baik dan terkawal ketika ini, pengumumanpembukaan lebih banyak aktiviti sosial di dalam fasa ini termasuklah aktiviti sepanjang Ramadan serta kebenaran merentas negeri untuk sambutan Aidilfitri tidak lama lagi sememangnya dinantikan oleh seluruh Keluarga Malaysia.

“Selain itu, keprihatinan Perdana Menteri dalam usaha pemulihan ekonomi rakyat termasuklah pelaksanaan perintah gaji minimum baharu tidak lama lagi serta agenda membela nasib rakyat antaranya memastikan kepentingan dan hak Wanita 1/3 seperti yang diumumkan dalam Perhimpunan Agung UMNO yang lalu juga telah disambut baik dan positif oleh setiap lapisan masyarakat.

“Justeru, pencalonan YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon tunggal Perdana Menteri daripada parti UMNO bakal menjamin kesinambungan dan kelangsungan kepada setiap perancangan serta agenda pemulihan negara pasca pandemik COVID-19. Ia sekali gus dapat memberikan keyakinan kepada rakyat yang ingin melihat sebuah kerajaan yang stabil dan kukuh ditubuhkan selepas PRU-15 kelak.

“Menteri dan Timbalan Menteri daripada parti UMNO mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada seluruh kepimpinan UMNO atas keputusan yang telah dibuat ini dan beriltizam untuk berusaha sehabis baik dalam memastikan segala perancangan pemulihan negara yang sedang berlangsung ketika ini berjalan dengan baik dan lancar sehinggalah parlimen dibubarkan dan mandat rakyat dikembalikan dalam PRU-15 yang akan datang.” Kata mereka. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat