MT UMNO Sebulat Suara Cadang Ismail Sabri Calon PM PRU-15

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Majlis Kerja Tertinggi Umno sebulat suara mencadangkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 akan datang.

Keputusan tersebut dibuat melalui mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi Umno yang dipengerusikan oleh Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini.

Dalam mesyuarat tersebut juga, UMNO turut menyatakan pendirian bahawa Akta Anti Lompat Parti mesti segera direalisasikan sebagai satu manifestasi untuk memastikan hak pengundi sentiasa terpelihara dan dihormati.

“Pembentangan Akta Lompat Parti mesti diteruskan dan disokong untuk diluluskan tanpa kompromi dengan gesaan mana-mana pihak yang cuba menggagalkan mahupun cubaan untuk merubah maksudnya kepada bentuk perundangan yang lain.”

Dalam kenyataan itu juga, Zahid turut menekankan pendirian UMNO bahawa kedudukan Memorandum Persefahaman (MOU) di antara Kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan yang berkakhir 31 Julai 2022 diputuskan tidak akan diteruskan lagi.

Tambah Zahid, UMNO akan mengadakan Perhimpunan Agung Umno Khas pada 14 Mei 2022 bagi melakukan pindaan Perlembagaan Umno mengenai tempoh pemilihan parti.

“Bagi melaksanakan keputusan sebulat suara usul Perhimpunan Agung Umno 2021 lalu, satu Perhimpunan Agung Umno Khas akan diadakan pada 14 Mei 2022 bagi melakukan pindaan Perlembagaan UMNO mengenai tempoh pemilihan parti,”katanya

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat