PAS Sambut Baik Ismail Sabri Sebagai PM Lepas PRU-15

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- PAS menyambut baik keputusan UMNO mencadangkan agar Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan memberitahu sebagaimana buat masa ini PAS mendokong serta menyokong penuh kepemimpinan Perdana Menteri Ke-9 ini.

Dalam pada itu Takiyuddin yang juga Menteri Tenaga dan Sumber Asli memaklumkan bahawa PAS mengharapkan Agenda Perpaduan yang dipelopori oleh Ismail Sabri dapat diteruskan kerana ia terbukti telah berjaya mewujudkan kestabilan serta iklim politik yang baik dan harmoni di negara ini.

“Pendekatan ini pastinya akan terus disokong oleh semua pihak atas dasar bipartisan demi kebaikan negara.

“PAS juga yakin Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik di antara Kerajaan Persekutuan dengan pihak Pembangkang yang pada umumnya yang berkuatkuasa dari tarikh ianya ditandatangani dan terpakai sehingga pembubaran Parlimen Malaysia yang ke-14 akan terus membantu proses pemulihan negara di bawah kepimpinan Ismail Sabri dalam semua aspek termasuk kesihatan, ekonomi, sosial dan hidup serta kehidupan rakyat jelata,” jelasnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat